Ramadhan Ini

Ramadhan 1435H ni aku adalah sangat cengeng. Senang sangat nak rasa sayu sampai mengalir airmata. Memandangkan bulan ni bulan yang sangat berkah & disukai Allah, aku pun cubalah utk selalu membaca segala bahan ilmiah mengenai Islam & menonton segala bentuk medium berbentuk Islamik. Mode MEMPERBAIKI DIRI & menyuburkan rasa cinta & taqwa kepada Allah SWT. InsyaAllah.

Terlalu banyak yang aku masih tak tahu. Ilmu tentang Islam terlalu cetek. Hampir 32 tahun aku hidup kat dunia ni. Tapi aku masih lagi belajar tentang agama Islam. Rasanya memang sampai mati pun kita akan sentiasa menjadi pelajar ye tak?

Aku bukanlah orang yang berlatarbelakangkan keluarga or pendidikan agama. Aku sama macam ramai perempuan melayu Islam yang bertebaran di bumi Allah ni. Hanya orang biasa yang tak ada istimewa mana pun. Parents aku orang biasa. Siblings aku pun semua biasa-biasa.

Tapi hati ini Alhamdulillah telah diberikan satu perasaan yang entah dari mana datangnya. Perasaan iri hati berkaitan hal-hal agama. So pelan-pelan kayuh la memperbaiki diri sendiri atas kesedaran yang Allah berikan itu. 

Aku pd hari ini bukanlah terjadi secara drastik. Ianya satu perjalanan yang panjang hasil drp perjalanan hidup. Dari t shirt lengan pendek, kepada memakai sweater utk cover tangan. Dari tudung atas dada ikat reben di leher, kepada tudung labuh bwh dada even masih selempang. Well, Islam tak melarang kita berfesyen selagi masih selari dengan hukum Allah ye tak? =)

Apa yg aku nk sampaikan ialah...perubahan yang berdikit itu adalah sangat manis. Dalam hati kita ni kena ada perasaan mahu sentiasa memperbaiki diri sehinggalah kita jadi insyaAllah menghampiri kpd kesempurnaan.

Takkanlah kita asyik nak berada di takuk yg lama aje kan? Like 5 tahun lepas sama je dgn yg skrg. So, apa yang nak dibanggakan ttg diri kita? Aku menulis ni dari segi pencapaian dlm agama lah ye. Hal lain aku tak campur sbb aku keje jd kuli ni pun dah hampir 10 tahun tak gerak kemana bwahahaha. 

Well....aku tak fokus kejayaan dlm kerjaya tu sbg pemangkin hidup aku. Aku lebih suka jadikan agama Islam sbg kayu pengukurnya. Terpulanglah kepada diri masing-masing ye soal ni. No offence :)

Aku harap Allah sentiasa pandu aku menjadi muslimah sejati sehingga akhir hayat aku nanti. Siapa yg tak takut masok neraka weyyyy >.<

Jom kawan-kawan....kita perbaiki diri kita sikit-sikit. Jangan asyik lalai dengan hal dunia aje. Sok kita semua akan mati & hidup semula kat akhirat. Kat akhirat sok takde mati taw! Kita akan sentiasa hidup samada di taman-taman Syurga ataupun di lobang-lobang neraka. Tskkk. 

Takut tak?

Kalau takut, jom. Kita berubah perlahan-lahan. Dimana ada kemahuan, disitu Allah akan tunjukkan jalan yg lurus. InsyaAllah. Amin.

Moga Allah jadikan kita terus istiqomah bila melakukan perubahan yg lebih baik. Amin ya rabbal alamin.


Rezeki menjejakkan kaki ke Tanah Haram menguatkan lagi rasa kesungguhan utk menjadi hamba Allah yang lebih baik drp sebelumnya. Terima kasih Allah kerana menjemput aku yang biasa-biasa ni kesana. Kadang sembang dengan Mak pasal rezeki jejak kaki kesana ni. Mesti masing-masing melahirkan perasaan yg sama. TIDAK MENYANGKA. 

Kami sama-sama tidak menyangka Allah menjemput kami. Mak selalu cakap aku beruntung sebab usia muda dah dapat kesana. Alah...takdelah muda sangat Mak. Tapi mak tetap kata muda. Yelah. Muda drp dia hehehe. Tak kisah lah mak...asalkan kita dijemput selagi masih bernyawa. Tua ke muda ke, rezeki masing-masing.

Maybe kesedaran Mak timbul lambat utk ke sana. Maybe juga pelbagai kekangan lain spt kewangan & kesihatan. When the time is right, Allah akan panggil. InsyaAllah. Hasrat utk ke Tanah Haram utk diri aku bermula selepas kejadian putus tunang dgn ex dulu. Masa tu kan dlm kesedihan yg melampau menangisi nasib diri. Atr hikmahnya ialah timbul hasrat ke Tanah Haram. Alhamdulillah.

Bila dah ada kesedaran, kumpul duit kat Tabung Haji. Tak sempat nak pergi, bertemu pulak jodoh. Kemudian pregnant. Postpone. Pregnant lagi. Allah jemput dgn mempermudahkan jalan & akhirnya berjaya pergi. Itu pun kalau hati tak tekad, mana mampu nak tinggal Nazif yg masih menyusu badan tu. Ujian Allah tak pernah putus. Tapi bila hati sudah bulat & tekad, kita pasti akan kuat.

Ya Allah, telah berjayakan aku membuktikan bahawa Kau sememangnya No. 1 dalam kehidupan ku yang singkat ini?

Wallahualam bis sawab.

And life goes on....and on...and on.....it didnt stop after performing Umrah. Banyak lagi yang perlu aku buktikan kepada Dia. InsyaAllah.

Berikan aku peluang itu ya Allah. Guide me until You take my life from this world.


Kita sama sekali tak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita di dunia ni. Aku cuma berusaha utk layak masuk ke dalam Syurga Allah. Aku hrp Allah hidupkan aku dengan iman & matikan juga aku dalam iman.

Kalau ada rezeki lagi, mmg aku nak sangat jejak kaki lagi ke Tanah Haram. Aku dah cakap dengan mak if penjualan batu kat kebun Abah sana berjaya, dapat duit banyak kita pergi buat Umrah anak beranak, menantu, anak buah semua. Pertama sekali kita kena panjatkan syukur pada Allah diatas rezekiNya. Itulah cara yang terbaik. InsyaAllah.

Hati ni selalu melonjak utk kesana lagi. Hanya Allah yg tahu betapa rindunya hati ni pada rumahNya disana. Kdg boleh meleleh airmata dibuatnya. Ianya nikmat yang tidak boleh didustakan sama sekali.

















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat