Teething Gel & Naurah First Terawikh

Semalam dalam kereta otw balik rumah lepas amek budak-budak, Naurah kemain menjerit kata adik dah tumbuh gigi kat atas. Aku pun raba gusi dia pakai jari & terasa dah tunggul 2 gigi atas tu. Tepat nampaknya tekaan aku dia cranky & demam ritu sebab nak tumbuh gigi lagi. Nampak dia mcm bad mood lg, so aku pun sapu teething gel jenama Orregel perisa black current kat gusi dia. Tak lama lepas tu dia pun mcm bertukar kepada angel semula. Hahahaha.


Tapi sekejap je kot. Sampai rumah dia merengek balik. Lps minum susu dia biasa la suka melanyak perut aku kejap meniarap, kejap menyondol, kejap nelentang -..- Tau la perut aku tu lemak kemain tebal. Best ke dik gomol gitu? Ape lagi yg tak kena budak ni. Haihh...stress dah masa tu. And then suddenly dia meneran. Sakit perut nak berak rupanya. Bwahahaha. 


After that he is all normal baby yg suka menjerit tak tentu pasal. Apa-apa lah dik asal awak tak merengek bukan-bukan. Kemain bila menyeringai happy tu. Muka mcm mintak penampo je. Hahaha. Penuh gusi bila dia gelak tgk kakak buat lawak.


Malam tadi first time Naurah ikut habi pegi terawikh kat Surau taman tu. Lepas dia pergi baru rasa risau kat mana pulak dia duduk bila habi solat. Cane if ada orang ambil dia? Bab dia buat onar tu aku tak risau sbb dia memang budak behave. InsyaAllah takkan kacau org solat or buat bising. Dgr je pintu diketuk almost 10pm, aku dah lega. Itu bunyi ketukan pintu oleh Naurah.



So sempat la interbiu dia apa dia buat masa kt sana. Dia ngadu ayah solat lama sangat. Pastu dia mengantuk & nak terkencing. Kehkehhh. Bila tanya lagi mlm esok nak ikut lagi tak? Dia kata taknak. Hehehe. Tapi pagi tadi ayah tanya nak ikut tak lagi, dia kata nak pulak. Haihh..bdk-bdk ni tak konsisten btl jawapan. Habi kata Naurah duduk sebelah dia. So tak payah nak risau la kena culik ke ape. OK fineeee. Hehehe. Ibu over risau sgt.

Mau tak risau dgn fenomena kes culikan budak skrg ni kan. Harap Allah selalu lah lindungi kami sekeluarga. Amin.




Popular Posts