Tugas Memasak

Sejak melahirkan Nazif, aku sangat jarang memasak. Tugas tu dah diambil alih oleh habi. 95% mmg dia lah yang memasak. On weekend usually time breakfast je aku masak. Mengapa begitu?

Well, sebab Nazif tu kecil so habi tak konfiden nak handle dia sangat. So sanggup lagi dia memasak drp handle si kecik tu. Makanya tugas menjaga & melayan anak-anak jatuh pd aku lah. Sedih gak tak dapat memasak sbb tu salah satu hobi aku kot. Tapi kena redha jelah pasal kena adapt dengan situasi kan? =)

Habi pun dulu tak konfiden sangat bab bagi perasa pd masakan dia. Selalu mesti soh aku rasa dulu. Tapi lepas dia ambil alih ni kemain dah kompiden hehe. Dah kena dengan taste aku dah dia masak ^^ Kemain menambah bini ni makan. Mane x makin gemok. Hahaha

Selalu org kata lelaki gemok mkn mknn dimasak bini kan? Kes aku ni terbalik suda =P

Bulan Ramadan tahun ni pertama kali habi yg akan memasak juadah berbuka puasa sekali dgn sahur tu. Semalam dia masak asam pedas ikan merah & telur dadar. Cukuplah tu. Sayur bendi & tomato dah lebur dgn asam pedas sekali. Simple gini pun dah cukup mengenyangkan & memuaskan hati. Alhamdulillah.

Hari ni nak request dia masak sotong paprik & labu masak lemak kuning =D

Dah masuk tahun ke-3 x salahnya kami dah tak membeli juadah di bazar Ramadan. Tak perlu pun sebenarnya. Sekali dua maybe boleh lah if teringin makan apa-apa yg special tak boleh nak jumpa selain dr bulan Ramadan. Tetibe teringat kuih lopes huhuhu

Suami ku yang hebat & serba boleh. Untung badan hehehe





Popular Posts