Beraya Bersama Blogger

Persahabatan yang terjalin melalui blog di antara kami semua semakin erat. Alhamdulillah. Siapa sangka drp blog hasil nukilan penulisan masing-masing, tali silaturrahim ini dapat terjalin diantara kami. Bermula daripada persiapan perkahwinan masing-masing, hinggalah hidup berdua, bertiga, berempat & ada juga yang dah berlima.

Aku ada kawan-kawan dari sekolah, matrikulasi, universiti & pejabat. Tapi yang paling rapat dan dekat sekali dengan hati adalah kawan-kawan blogger. Kehidupan skrg sangat terisi dengan adanya diorang ni semua. Tak kira masa, kami berhubung melalui aplikasi whatsapp & media sosial yang lain. Moga persahabatan yang terjalin kekal hingga ke hujung nyawa. Amin ya rabb.

Weekend yang lepas aku berjaya men join kan diri beraya ke rumah Ardina di Acacia Park, Nilai & rumah Fad di Seri Kembangan. Walau hanya 2 buah rumah, tapi kepuasannya tu memang tak terhingga sebab dapat jumpa ramai blogger & ex-blogger (hohoho) yg mmg kacik-kacik belaker.

Paling tersentuh hati sekali (phuii hahaha) dapat jumpa bff blogger lama nuuunn di Kuantan sana duduknya. Ya Allah, bila dapat peluk tu rasa mcm sebaknya lahai. Rindu sangat gamaknya. Lama sangat dah tak jumpa T_T Even dapat beramas mesra sekejap cuma, itu pun dah syukur sangat lah. Rasa mcm nak suruh org tu pindah sini aje hewheww.

K lah. Bagi gambar pulak berkata-kata.














Harap sangat tiap tahun kita dapat beraya macam ni lagi. Best sangat. Havoc dengan anak-anak yang makin bertambah tu. Tak sangka kadang tu boleh rapat sampai mcm ni sekali. Ada lagi yang tak pernah bersua muka tapi bila first time jumpa dah macam kenal lama. Selalu sangat buat orang yang tak tahu apa-apa confused. Hehehe.

Sorry sebab tak dapat nak buat Open House kat rumah aku tahun ni. Sepatutnya planned dibuat weekend yg lepas. Tapi anak-anak den tak sihat pulak. Demam, flu & batuk silih berganti. Nasib baik N boleh buat makan-makan kat rumah dia jamu Nasi Ayam Special dia tu while aku hanya dapat melihat dlm gambor je. Weekend berkurung sekeluarga namanya tu T_T Kempunan nasi ayam...boleh lari masok dlm gua soh telan kehkohh =P

Next year ekk. InsyaAllah =)

Sayang korang semua 2000%. Amboi. Hahaha.
















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat