Bersyukur Lah

Harap ramai yang tak perasan dengan post sblm ni. HAHA. Bukan senang nak mengaku kita ada masalah dalaman kan? Aku tengah berperang dengan diri sendiri bab shopping online ni. Kadang menang, kadang kalah. Macam iman jugak. Ada masa tinggi, ada masa rendah. Ada siang, ada malam. Ada susah, ada senang. Berpasangan semuanya.

Failed. First time tocang lipan rambut anak. Senget =P

Kira duit raya ke?

Dapat banyak duit pun muka tak happy. Ape kessss??

Akhirnya dia mahu senyum. Itu pun ibu suruhhhhh....sllu dia x layan pun req ibu

Nazif masih belum sihat sepenuhnya. Looks like we are going to stay at Semenyih for a few more days. Am hoping tomorrow night we can all go back to our home sweet home. Speedy recovery Nazif!

Bila yg bujang tu takde, yang dara ni lah dapat perhatian lebih drp ibu. Walau hanya utk beberapa jam. Teringat dulu masa dia masih solo. Semua kasih sayang tumpah kat dia. Now dah ada adik, kenalah berbahagi kasih sayang yer Naurah. As usual yang lebih kecil memang akan dapat perhatian lebih. Lumrah kot. Yg besar semakin boleh berdikari. Yang kecil masih banyak mengharapkan bantuan kita.

Naurah pun bila adiknya takde, memang ambil peluang lah bermanja dengan ibu. Dalam kereta pun duduk atas lap ibu. Aku layankan aje even peha rasa nak retak haha. I missed her & I guessed she missed me too. 

Bila adik ada, kadang dia mengalah duduk belakang. Kadang dua-dua pun nak duduk atas peha ibu. Lebih selesa if ibu & anak-anak duduk belakang. Tapi kesian pulak kat habi mcm driver pulak kerjanya. Aku pun lebih suka duduk depan sbb blh alert sama keadaan jalan raya. Habi tu kadang suka berkhayal & ralit memerhati alam sekeliling. Kena ada co-driver tolong sergah sekali sekala. Hahaha.

Bahagia rasanya dengan suami & anak-anak. Terima kasih pd Allah yang berikan rezeki ni. Even tak mewah mana, macam ni pun syukur sgt dah. Bila kita rasa susah, ingatlah lebih ramai orang yg lebih susah drp kita. Then barulah kita tahu apa erti bersyukur.


Jagalah Allah, Allah menjagamu. InsyaAllah.









 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat