Duduk Dengan Mertua

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bertemu kembali kita di hari Isnin yang mendung. Segala puji bagi Allah yg masih memberikan peluang hidup kita semua pada hari ini. Bangun tidur tengok suami dah bangun sedang menggosok baju kerja isteri & baju sekolah anak. Anak-anak masih tidur. Kita pun bangkit mengambil wudhu' menghadapkan diri pada sang Pencipta. Indahnya agama Islam. Indahnya menjadi seorang muslim. Hari baru di mulakan dengan harapan yang baru. Moga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah =)

Topik pagi yg dibincangkan bersama semasa otw ke office tadi adalah berkenaan duduk sebumbung dengan ibu bapa. Selalunya orang lelaki tak ada masalah sangat bila duduk dengan in law mereka. Tapi bagi perempuan, banyak kena fikir bila duduk dgn in law. Sebolehnya kita taknak tunjuk perangai buruk depan in law. Kena jaga air muka sendiri & suami. Senang kata rumit lah jugak. Kalau dengan mak bapak sendiri tak apa psl deme dh lama tau peel kita baik & buruk. Kita jujur menjadi diri sendiri.

Tapi dengan in law. Hurmm...bila kita berusaha utk menampakkan yg baik-baik sahaja, satu hari nanti mesti kita rasa tak best. Kire macam berlakon jugaklah. Sampai bila ko nak berlakon? Penat woh. Penat menjadi orang lain instead of our true self.

Pendapat aku ialah, just be ourselves in the room. Hehehe. Cth la kita kat rumah biasa pakai shorts & singlet. Takkan la bila ddk dgn in law kita nak pakai mcm tu jugak kan? Tak sopan. So pakai bila dalam bilik ajelah. Itu je privacy place yg kita ada selain toilet. Hewheww =P

Bab privacy ah yg paling tak best nak di bincang. Tak berapa nak bebas dlm bbrp perkara. Tapi kalau kita fikir pahala yg dapat dr menjaga kedua ibu bapa, InsyaAllah boleh bersabar berkorban dlm bbrp perkara yg tidaklah besar mana pun sebenarnya. Mesti ada caranya utk kita redha & terima semuanya dengan minda yg terbuka. 

Bila jauh, bau wangi. Bila dekat, bau busuk. Its true in some cases. Not all ^__^

Fikir pahala jelah. Allah reward banyak kesenangan kot lain. InsyaAllah. Semua perbuatan baik kita takkan sia-sia. Semuanya akan dapat ganjaran. Sama juga if buat jahat. Dapat juga hukumannya nanti. Its a matter of time only.


Tak boleh nak buat gini kat anak lelaki kalau in law ada sama ekekeke =P














Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat