Kisah Jubah Dress Zawara


Alkisahnya pada hari Jumaat yg lepas aku nampak iklan Zawara kat FB. Tengok jubah dress dia harga RM119 sehelai. Eksaited sangat dengan harga mcm tu. Rasa affordable jugak lah. Tapi apakan daya banyak sangat shopping online jadinya duit maya pun yillek pochik. Tiba-tiba idea pun muncul. My beloved habi. Ecehhhhh. Teteros beloved. Puihhh!! Hahahaha...

Aku pun wasap habi siap tunjuk gambar. Kali ni tambah word. Plissssss!! Dengan harapan dia lebih kasihan pada bininya ini. Lama aku tunggu dia reply. Non hado. Tapi +ve lagi la bajet dia mesti ada kerja kat luar ni. Takpe....tunggu ajelah....

Petang skek dia interkom cakap dah transfer duit. Duit utk hal sebelumnya. Tapi bila aku check m2u tengok..ehhh apasal banyak pulak abg transfer ni? OK. Bab ni aku tak pasti aku berpura-pura ke apa. Tapi mcm tak terfikir yg habi xfer lebih sbb dia setuju nak belanja jubah Zawara ni ser. Then habi kata..lahh duit baju tu lah...

I was like...O__O ini bebetul ke mimpi? OK. Hover sangat bunyinya kan. Macam la tak biasa habi belanja beli baju. But guys...this one is so special sebab baru je sangat habi belanja 2 helai jubah yg berharga almost RM400. Memang dalam hati kata, lepas ni setahun kot dia tak belikan aku baju dah. Hahaha. Jadinya bila dia setuju nak belikan jubah Zawara ni, aku mcm speechless sgt. Keyakinan utk dia setuju belikan tu cuma 35% OK!

Dia punya gembira lah hati ni macam nk melompat keluar dr jasad. Hahaha. Giler pompuan neh. Well, hanya isteri yang betul-betul faham suaminya kan? This one is very rare ^___^

Jumaat order, Isnin sampai dah jubah dress ni. Honestly aku kecewa tgk saiz baju yg ditulis XXL nampak mcm saiz L. Bad mood je dari pagi. Otw balik rumah, dlm kereta dah potpet kat habi sedih baju tak muat la blablabla.....

Sampai rumah, pakai & muat O___o Naurah siap suruh pusing mcm princess. Hahaha. Mak ikot jer =P wakakaka. Buruk betul perangai. Naurah ni peel dia suka sangat kalau tengok aku lawa-lawa lain drp kebiasaan.  Bila dia nampak aku cantik, dia akan peluk aku & kiss pipi. So sweet kan? Pdhal sblm aku pakai baju tu dia tengah merajuk tak sabar nak balik rumah Wan. Nampak ibu lawa, terus senyum & said wowww. Teruja.

Cutting jubah dress ni sbnrnya penyelamat. Tu pasal aku boleh muat. Sblm tu mmg konfiden sangat tak muat. Siap dah wasap geng blogger wassap niat nak jual. Bwahahaha. Betapa aku rasa tak muatnya bila tengok baju tu. 

Cumanya pakai jubah ni kena labuh betul tudung tu utk cover mana yg patut. Lebih elok if dapat tutup sampai ke perut. Adakah perlu beli shawl khas sehelai utk baju ni? hmmm...

Akhir kata, I love you so much habi.

Semalam dia dah cakap terang-terang. Bajet ayah utk ibu dah habis. Kahkahhh. Habi kata banyak betul belanja barang-barang aku lately. Sejak sebelum Raya hari tu lah. Then aku pun imbas semula. Jam Fossil, handbag Carlo Rino, purse wrislet Carlo Rino, jubah butik Anugerah Klasik, skirts & blouse Zalora, tudung SBU & yg baru ni jubah Zawara ini lah. Ada dekat RM2k kot. Ya Allah...banyaknya...

Yelah...for some people maybe sikit je tu. Tapi bagi org sederhana mcm aku ni....huuu....jarang dpt peluang mcm ni. Terus terang je ckp.

Aku harap sangat aku dah insaf. Selalunya aku menggila beli barang-barang anak-anak. Tapi bila sesekali fokus pada diri sendiri, mmg camni lah jadinya T__T Bukan selalu ada lebihan duit. Especially bila dah anak 2 ni. Tapi rezeki Allah bagi, kami suami isteri dapat bonus. Even kurang drp bonus biasa, tetap syukur ada duit lebihan.

Saving pun aku dah ketepikan masuk Tabung Haji sana. Kdg aku rasa mcm takde duit dah. Tapi macam ada je. Pelik tapi benar benar kejadian ni. Berkat solat Dhuha agaknya. Allahu akbar. Rezeki anak-anak memang tak putus juga. Alhamdulillah.

Habi pulak jenis suka menyimpan. Berjimat cermat. Berlawanan betul sifat kami ni. Kebetulan hari tu Nazif main wallet habi. Dia keluarkan resit segala bagai la dlm tu. Terpandang pulak mata ni balance duit habi dlm tu. Terus wowww O__O dan proses mengepow pun bermula....hewheww....

Normally aku selalu beringat yg kami ni tak banyak duit lebihan. Jarang la mintak habi belikan itu ini utk kepuasan diri. Aku banyak guna duit gaji aku je. Habis duit, diam. Tapi bila mata nampak habi byk duit....hmm....menyetan la jadinye T__T

Dapat pulak suami jenis sayang bini. Dia pun gaknye fikir...alah...sekali sekala....baik sangat pulak habi kali ni...over baik....tenkiuuuuuuuu ^____^

I'm a happy wife. I hope u r a happy husband =P



* aku tulis bukan nk riak. aku tulis sbb nk share cerita je T_T bersangka baik plisssss
** aku mengaku ada masalah bab shopping online T_T penyakit ni selalu datang bila ada lebihan duit. ya Allah, berilah aku kesedaran....tolong!!! aku tak mintak jadi begini huhuhu
*** kdg rs bersalah sgt soping sana sini then teringat peoples in Gaza & ramai orang yg kdg nk makan pun susah tu kan. tp bkn senang nk lawan penyakit soping ni weyhhh..bila duit ada mmg klik klik je order itu ini..huwaaaaa T__T macam di rasuk syaitonnnnnn

















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat