Nakal

Siapa nakal? Sila angkat tangan. Hehe.

Pagi ni bukan nak cerita pasal nakal budak-budak. Tapi nak cerita pasal nakal mak budak. Mak budak yang bulan depan genap umurnya 32 tahun. Ya Allah, syukurnya masih hidup lagi kat dunia ni. Dikelilingi orang tersayang. Hidup yg serba sederhana. I am happy.

Dalam usia yang makin dewasa ni, sifat nakal tu susah sangat nak hilang. Dah sebati. Memang naturally born with it kot. Dulu masa muda remaja suka sangat usik kawan lelaki yang pemalu & pendiam. It made me laugh like crazy woman. Hahaha. Betul tak tipu. And I felt so alive doing it at that time. Suka sangat mengusik orang. Their happy face when I teased them, made my face becomes happy too. Its a win win situation isnt it? ^___^

Ironinya bila ada kawan lelaki yang mahu melebih-lebih. Dgn niat nak declare jadi pakwe & makwe, aku jadi kecut perut & berusaha sedaya upaya mengelakkan diri. Itulah sifat aku. Aku cuma suka happy-happy as a friend je. Lebih dari tu sorry lah. I'm not insterested =)

Hingga akhirnya aku bertemu dengan bekas tunang semasa study di final year kat U. Dialah orang pertama yang aku rasa serasi & ada potensi dijadikan suami in the future. 4 tahun berkawan, bila bertunang, dalam masa 2 bulan je putus. Kalau dah memang bukan jodoh tu kan. Sedangkan orang yg Tok Kadi dah depan mata pun belum tentu lagi jadi nikahnya. Setakat putus tunang tu normal kot. Huhuhu.

Tapi ianya tak berapa normal bagi org spt aku. It slapped me right on the face both sides. Patah hati. Patah semangat. Stupid woman! Hahaha. Tapi bila Allah bagi pertolongan, aku bangkit & menjadi orang yg baru. At that time only I realized that ' cinta yang kekal abadi hanya milik Allah '. Manusia tak layak terima cinta peringkat tertinggi. Hanya Allah yg layak kerana Dia tidak akan pernah tiada dalam kehidupan kita. 

Dugaan terhebat memberikan impak yang juga hebat. Impak yang menjadikan aku seperti pada hari ini. Sebab tu jangan tak suka sangat dengan ujian kesedihan. Selalunya manusia hanya akan belajar ttg kehidupan bila di uji dengan kesusahan. Ianya memang lumrah.

Seperti mana matahari saban hari terbit dari timur, begitulah juga dengan kesedihan. Ia timbul dan sampai masanya, akan tenggelam. Bila aku dah redha dengan ketentuan Allah, bila aku dah boleh terima kenyataan hidup bersendirian, akhirnya jodoh pun sampai. Ianya datang tanpa di sangka. Hati tekad taknak buang masa lagi & semuanya berjalan dengan sangat pantas. Tahun ni, sudah 5 tahun kami bersama dengan 2 cahaya mata. Segala puji hanya bagi Allah.

Dulu masa belum kahwin, lain nakalnya. Dah kahwin ni, nakal tu tertumpu pada suami & anak-anak sajelah. Paling teruk kena tentunya habi. Hehehe. Mangsa kenakalan aku saban hari. Aku rasa salah satu sebab habi sayang aku sbb sifat nakal ni jugak. Aku suka betul bila habi ketawa terkekeh-kekeh bila aku usik dia. Bukan senang nak tengok dia ketawa mcm tu. Takat ni kalau aku usik je yg dia boleh ketawa sampai mcm tu. Dlm situasi yg selainnya, serius tak pernah nampak even dengan kawan-kawan dia. I guess I am special to him. Perasan. Hahaha.

Kenakalan itu membuatkan kasih sayang atr suami isteri tu lebih erat. At times, we laughed together like mad. The children saw us & they laughed too even though they don't have a clue of what we are laughing at. And it feels great.

Bergurau suami isteri sangat perlu. Jgn serius sangat. Bosan. Tapi nakal itu ada juga waktunya. Kalau tak kena masa, rasa menyampah kot. Haha. Dan jangan mengada nak menakal dengan selain suami. Jangan bermain depan api, kelak membakar diri =P




Paling best sekali bila dapat ke Tanah Suci dengan habi. Inilah kenangan yg paling indah sekali bagi kami berdua selain masa Naurah & Nazif di lahirkan ke dunia.

Masa kat Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa, kami berdoa mengadap Kaabah memohon pada Allah moga sentiasa disatukan hati kami dengan perasaan kasih sayang. Moga kat akhirat nanti kami masih lagi menjadi suami isteri di Syurga. Harapnya Allah makbulkan. Amin.

Banyak kali juga aku berdoa moga ada rezeki di masa hadapan, dapat jejak lagi kaki ke Tanah Suci dengan anak-anak. InsyaAllah.


















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat