Skip to main content

Sayangnya Tanah Kebun Itu

Semalam habi ada kerja sikit. So balik pun lewat sikitlah drp office. Dalam perjalanan pick up anak-anak di Taska & Kindy, as usual rancak la bersembang itu ini. Jarang sangat masing-masing mendiamkan diri kecuali aku tido. Hahaha. Mulut jenis tak reti diam tu memang aku lah. Habi kalau dengan aku as usual cakap banyak mcm orang normal. Aku tak boleh terima betul if kawan-kawan dia cakap dia tu pendiam orangnya. Dia tak pernah pendiam bagi aku =P

We talk. We teased each other. We laugh. 

Sentiasa ada yang ingin di borakkan. Tak pernah jemu lagi dengan situasi pergi balik kerja bersama di dalam kereta. For us, its a blessing. Tak ramai pasangan suami isteri yang dapat peluang seperti kami. Ianya merapatkan lagi hati kami suami isteri. Ada topik yang tidak sesuai di cakapkan di depan anak-anak, kami cakapkan di dalam kereta. Ianya peluang yang tidak harus di sia-siakan =)

Suddenly kami berbincang tentang kebun FIL di Desa Vista yang kami lalui saban hari utk pergi ke office. Sudah lah lambat nak pick up anak-anak, boleh pulak nak menyinggah lagi tengok keadaan tanah kebun FIL kat dalam sana. Well....dah alang-alang teringat kan. Lagipun habi kata tak jauh sgt pun masuk dalam tu. So kami pun singgah & dapatlah aku tengok kat mana lokasi tanah kebun yg FIL usahakan menanam pokok durian, cempedak etc semasa mudanya dulu. Nampaknya dah tak layak dipanggil tanah kebun. Dah serupa hutan kecil rupanya. Hikhikk.

Habi kata FIL dah takde kudrat nak buat pape kat kebun tu. Yelah....dah umur pencen rasanya tak kuasa dah nak uruskan semua tu kot. Dah berpuluh tahun kerja keras, bila dah pencen, mestilah nak menikmati hasil usaha penat lelah kerja dulu kan? Rasanya aku faham perasaan tu. InsyaAllah if panjang umur, aku & habi pun akan lalui perasaan tu satu ketika nanti. Anda semua juga hendaknya. Amin.

Aku berfikir, kami yang masih muda ni lah sepatutnya mengambil alih tugas menjaga kebun tu. Ada lebih kurang 4 ekar semuanya. Sayangnya jadi terbiar macam tu kan. Tapi itulah....aku ni minat mmg ada. Tapi tak tahu nak start macam mana. Habi pulak mcm tak berminat, tp aku yakin if ada peluang apa-apa, dia OK je.

Kalau nak ikutkan, mmg kamilah yg patut usahakan tanah tu sbb rumah kami paling dekat dengan tanah kebun tu. Weekend if takde pape, boleh je pergi kebun bawak budak-budak bila tanah tu dah dibersihkan. MIL kata, bajak je semua tanah tu bagi lapang pastu tanam kelapa sawit ke ape. Aku pulak membayangkan tanaman cili, serai, limau kasturi utk dikomersilkan jual kat pasaraya-pasaraya kecil.

Ahh..berangan memang best. Tak kena bayar apa-apa. Hakikatnya, semuanya perlu bermula dengan DUIT. Mana nak kaut? 

Dan anganan itu pun mati.

Alangkah bestnya if ada orang proposed nak usahakan tanah tu. Orang yg betul-betul ada passion supaya kami pun boleh sama-sama membantu menjayakan projek tanaman baru kat tanah kebun tu. Aku dah dapat bayangkan Naurah & Nazif berkejar kejaran di celah-celah pokok cili & terung. Ianya satu bayangan yang indah. Lets go back to nature. Aku suka if anak-anak aku ada kenangan dengan kebun sebab waktu kecil aku, pernah terdedah dengan kebun. Nama pun anak peneroka felda. Kalau tak pernah jejak kaki ke kebun kelapa sawit, memang tipu sangat. 

Kat belakang rumah kami pun ada tanah kebun dalam setengah ekar. Skrg hasil tanaman durian, manggis & rambutan sentiasa menggamit kami adik beradik utk balik kesana apabila tiba musim buah. Hasil dari abah berbakti pada tanah. Tak termakan dek kami anak cucu. 

Alangkah bagusnya if aku & habi dapat melakukan pkr yg sama pd tanah kebun FIL tu. Tanam sajalah pokok baru, sedar tak sedar, dah boleh dapat hasilnya nanti. Maybe boleh jadi kenangan terindah juga bagi Naurah & Nazif as they grown up. The same memories like their parents have.

Yes. Habi masih ingat memori semasa kecilnya sewaktu FIL masih kuat mengerjakan tanah kebun itu =) Kami sama-sama mempunyai kenangan manis berkaitan dengan tanah kebun.

Tanam laici hidup tak agaknya? Hehe






Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…