Semua Orang Ada Masalah

Muka ada senyum aje. Bila sembang pun kita rasa dia sentiasa happy, ceria & live her life to the fullest. She seems so perfect. Tapi siapa tahu apa yang di pendamnya dalam hati kecuali diri dia & Allah. Ada kisah sedih di sana sini. 

Selalunya kita hanya nampak yg luaran. Maka kita menyangka hidup orang tu sempurna nya lahai. Kita pun kalau boleh nak berada kat tempat dia. Nak bertukar hidup dengannya. Manusia. Takkan pula mahu pilih kedukaan instead of kegembiraan. Adakah yg begitu?

Aku pun lebih kurang begitu. Tak semuanya aku humban tulis kat sini tentang personal life aku. Selalunya lebih suka tulis yang happy aje drp yg tak happy. Takut orang baca kata kita meraih simpati. Cukuplah orang kata aku riak je. Hahaha. Allah knows the best right ^__^ But overall I am happy with my life. Yang tak happy tu dalam 15% aje kot.

Kadang cerita jugak pada kawan-kawan yg rapat. Utk menghilangkan rasa beban di dada. Itu pun dengan sedaya upaya sudah ditapis. Takut jugak tersalah cerita, dosa pulak yg menggunung.

Being a woman is not easy. Especially bila kita dah berkahwin, dapat pasangan yang perangainya tersangatlah menjengkelkan hati. Hari-hari tengok benda yg sama. Hari-hari mau ingatkan benda yg sama. Hari-hari mau dibebel baru bergerak. Tulis pun dah rasa penat.

Tapi perempuan selalunya memang tabah. Selagi boleh sabar, kita sabar. InsyaAllah pahala dapat banyak dari Allah. Mudah-mudahan ork. Amin.

Kes aku pulak jenis terbalik. Rasanya aku yg banyak kelemahan berbanding suami. Dia agaknya yg selalu rasa stress bini tah pape je peel. Hehehe. Dah lama aku tahu ttg hal ni. Sebab tu ada peel habi yang aku tak suka sangat tu, pendam ajelah. Abaikan. Sebab kebaikkan dia lebih byk drp kelemahan tu. So kita highlite yg itu ajelah. Sikit-sikit tak suka tu kita telan diam-diam.

Cabaran hidup bersama mmg banyak. Kita ada cara kita. Dia ada cara dia. So kena tolak ansur lah. Kalau tak gitu, tak tahulah apa nak jadi. Takde perempuan yang nak perkahwinan dia tidak sampai ke mati. Begitu.



Kadang kita letak pic camni pun ada orang kondem. Niat nak show off pic anak yg nampak comel dimata kita. Boleh pulak ada orang kata nk tunjuk kereta mahal, nak tunjuk handbag mahal. What the.......haihhh...sedih betul dengan mentaliti orang yg suka bersangka buruk ni. Siryes tak faham kenapa boleh fikir mcm tu. Sbb aku ramai je follow org yang berada kat ig. Takde pulak rasa deme nk show off pape if letak pic yg jauh lebih hebat dengan kereta VW Beetle or handbang Prada.

Memang masalah mental lah certain peoples ni. Kesian,











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat