The Perfect Husband & Daddy

Hari ni baru ada mood nak baca komen. Hehehe. As usual lah. Sori ye semua. Rasa mcm nak buat tak bagi orang komen pape sebab malas sangat nak approved komen tu semua. Apa pendapatan korang? Hehehe. BM failed ke ape ni? =P

Sehari dua ni internet kat office tersangat lah teruknya. Stressed mak dibuatnya. Habi and his team pun dah berusaha sedaya upaya nak settlekan masalah ni. Semua orang pun kenalah memahami & bersabar. Padahal banyak je keje yg tak melibatkan internet boleh buat. Saje mengada khennnn kuikuiii

As usual sebagai wife orang network, ramai jelah yg mengadu domba pasal internet ni. Well, nak buat camne. Kita bersabar sajalah. Jangan ribut-ribut dehh!

Hari ni juga dah start mensibukkan diri dengan persiapan nak buat Open House Raya Dept.2014. Menu aku kena rahsiakan dulu. Nanti tak seprais pulak nak tepek gambo kat sini. Kebetulan pulak hari Jumaat ni kita semua berkabung atas tragedi MH17 kan. Bos kata semua pakai baju hitam yer. So takdelah kemain nak vogue berbaju raya yer. I loike. Ekekeke. Jubah hitam memang banyak. Sarung ajelah dgn tudung ceria skek. Jadiklah tu.

Ohh...ada yg nak tengok pic aku berjubah dress Zawara rupanya. Sebenarnya memang ada gambar. Tapi tak sesuai letak kat sini pasal tak bertudung. Nantilah bila aku pakai baju tu g memane aku snap tepek sini ye. InsyaAllah. Model plus size akan menjelma tak lama lagi di blog ini hahaha



Godeh-godeh gambar lama terjumpa la moment ni. Alahai....cute sangat lah Nazif masa ni. Dalam 3/4 bulan je masa ni usianya. Dapat capture moment ni rasa macam precious sangat. Kasih sayang seorang ayah sangat jelas disitu. 

Bersyukurnya rasa dapat bersuamikan Mohd Izhar ni. Sangat perfect bagi aku. Harap tak perfect utk perempuan lain. Hahahaha. Jangan sesibuk nak ngendeng suami orang yer. Pergi cari yang bujang tu melambak menanti jodoh tu. Yang dah beristeri, beranak pinak, leave him alone. Biar dia terus menjadi suami yang bertanggung jawab pd isteri & anak-anak. Syuh syuhhhh =P







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat