Tragedi Lupa Anak Lagi

Tragedi yang sama berulang kembali. Tadi otw ke office dengar kat radio pasal seorang guru perempuan terlupa anaknya ada di belakang tempat duduk kereta. Dia ingat dah hantar pergi nursery. Budak tu tido agaknya. Sebaya Naurah. 4 tahun. Lebih kurang 8 jam la anak terkurung dlm kereta, akhirnya dijumpai semula oleh ibunya petang selepas habis mesyuarat dlm keadaan tidak bernyawa lagi. Ya Allah, sedihnya.....

Kita nampak macam memang 100% salah itu diletakkan di bahu ibu. Tapi kecuaian sebegini memang sukar dielakkan bilamana kita faham erti kata TERLUPA. Rutin yang setiap hari kita lakukan selama bertahun-tahun memang boleh mengelirukan.

Bila anda berada pada tahap usia seperti aku. Dalam umur 30-an begini, InsyaAllah anda boleh faham. Dengan kesibukkan di pagi hari menyiapkan diri sendiri dan anak-anak. Bila ada terlalu banyak benda yang kita fikirkan, apa-apa pun boleh terjadi. 

Kadang kita keliru samada benda yang kita buat rutin tu dah buat ke belum. Kadang kita rasa dah, tapi rupanya itu ingatan yang semalam. So aku rasa mungkin itu jugalah yg terjadi pd ibu yang terlupa ttg anaknya. Kita rasa mmg konfiden sgt dah hantar anak. Rupanya itu memori semalam. Bukan yg hari ini.

Habi pun pernah terlupa hantar Naurah ke kindy. Selalunya kami memang akan hantar Nazif dulu. Then baru Naurah. Satu hari tu aku tido ayam kat sebelah habi. Naurah kat belakang dok diam aje perhati keluar. Then aku rasa ehh apsal mcm jauh sangat pulak nak sampai kindy Naurah ni. Buka je mata tgk dah lepas simpang nak ke kindy Naurah. Habi terus nak ke tempat kerja.

See! Bab terlupa ni kita tak boleh nak jangka. Apatah lagi ianya rutin. Memori semalam & hari ini boleh jadi sangat mengelirukan. Kita takkan faham selagi kita tak alaminya. Maybe hari habi lupa tu dia ada masalah kat tempat kerja yg perlu diselesaikan. Otaknya ligat berfikir tentang masalah itu yg membuatkan dia terlupa nak hantar Naurah ke kindy.

Kita sememangnya manusia yg lemah. Sebab itu janganlah meletak 100% kesalahan di bahu orang yg terlupa spt dlm kes ini. Ianya boleh terjadi pd semua manusia. What we can do is DOA pada Allah moga dielakkan kejadian buruk begitu berlaku pd kita & anak-anak kita.

Ajal maut jodoh pertemuan sudah Allah tulis di dalam buku di Luh Mahfuz sebelum kita lahir ke dunia ini lagi. Percaya lah pd qada' & qadar Allah. Ianya salah satu drp rukun Iman. Allah menguji sesuai dengan keupayaan setiap hambaNya. Sesuatu yang perlu kita ingat selalu.

 Moga ibu itu tabah & redha dengan ketentuan Allah. Moga ahli keluarga yg lain juga tidak menyalahkan ibu itu 100%. Moga semuanya baik-baik saja. Amin.



Ya Allah, jagakan keselamatan mereka untukku. Jangan berikan ujian yang tak terdaya aku melaluinya. Amin.



 







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat