Viva Palestina!

Melihat gambar-gambar saudara se Islam kita di Palestin, ia membuatkan hati aku sebak & bergenang air mata. Kadang ia mengalir jua. Betapa hati yg kadang aku rasa sekeras batu ni pun tersentuh dengan penderitaan mereka di sana. Ya Allah, hanya Engkau yg Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Ada yang ingin Engkau sampaikan kepada kami hamba Mu di muka bumi ini. Bantulah mereka dan bantulah kami. Kasihani lah mereka dan kasihani lah kami.

Saban hari melihat gambar menyayat hati. Nyawa manusia seakan tiada nilainya disana. Mungkin kita melihat alangkah kasihannya mereka. Tapi sbnrnya merekalah orang yang beruntung kerana meninggalkan dunia kerana mempertahankan hak & agama. Syurga menanti mereka di akhirat kelak. Kubur sudah memperlihatkan tempat yg indah kepada mereka. Liang-liang Syurga sudah terbuka utk mereka.

Allah pernah berfirman tentang para syuhada.

" Jangan kamu sangka mereka mati sedangkan mereka sebenarnya hidup & mendapat rezeki di sisi Allah ".

Ini antara petikan al Quran yang aku ingat. Maaf krn aku lupa nama surahnya.

Saudara kita di Gaza merupakan contoh terbaik bagi seorang muslim. Mereka hidup tertindas namun terdidik dengan berani. Mereka berharap pertolongan hanya pd Allah. Jiwa mereka terdidik dengan al Quran & sunnah. Alangkah beruntungnya mereka.

Sedangkan kita yang hidup aman disini terbuai dengan permainan dunia. Pincang hatinya disana sini. Sebab itulah aku tetap dengan pendirian, kemanisan iman selalunya hanya dapat dicapai oleh manusia apabila di uji dengan kesusahan. Jarang sekali ianya dapat dicapai dengan kesenangan.

Wallahualam.

Mana mungkin hati tak tersentuh :'(











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat