1 Tahun 1 Bulan


1 tahun 1 bulan. Masih belum berjalan. Gigi atas dah 4 batang. Gigi bawah 2 batang. Makin kuat makan. Harapnya berisi la sikit tak lama lagi. Rambut atas tu tetap pacak jugak walau tak pernah lagi dipotong. Bukan rambut tu bila dia makin panjang akan turun ke bawah ke? Kompius sangat bab ni. Yang tepi tu dah 3 kali trimmed.

Ohh..Ahad lepas tiba-tiba dia diri depan aku dengan sendirinya tanpa pegang apa-apa. Ramai gak yang nampak. Abg Eddy, Kak Ya, Habi. Terkejut sangat. Happy gila rasa masa tu. Hahaha. Pastu suruh buat lagi terus taknak sampai hari ni -..-

Even orang kata nanti dia dah pandai jalan lagi jenuh nak mengejar, aku rasa fasa tu tetap akan tiba juga cepat atau lambat kan? Aku dah ready nak bermandi peluh kejar dia lepas ni. Cepatlah berjalan wahai anak. Atau awak memang nak menepati ramalan ibu akan mula berjalan pada usia 1 tahun 3 bulan nanti? Hehehehe

Lately makin manja. Cuma mahu di dukung oleh aku & habi sahaja. Orang lain semua dia taknak. Kenapakahhh? Walhal sebelum ni okay aje. Pantang nampak kelibat aku & habi, orang lain semua tak pandang dah dia.

Manja tapi comey. Gerammm. Hahaha.












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat