Demam Berganti Ganti

Seingat aku Nazif yang demam dulu. Sampai owner taska call cakap Nazif demamnya tak kebah even dah bagi ubat. Masih panas. Tapi sekejap je. 2-3 hari baik dah. Pastu melarat ke Naurah pulak sampai terpaksa eksport dia ke Semenyih utk penjagaan lebih rapi. 3 hari 3 malam duduk sana berulang alik pergi kerja. Lepas tu short trip ke PD. Isnin aku kena flu, sakit kepala & sakit pinggang. Esoknya demam tak larat nak bangun pun. Semalam aku gagahkn diri kerja even tak fit 100%. Malam tadi, habi pulak demam & MC hari ni. Begitulah perjalanannya. Demam pas baton orang kata.

Pagi tadi gigih la aku menyiapkan budak-budak tip top tak kacau habi yang masih syok tido. Berkelubung dengan patchwork. Belum kebah lagi la tu demamnya. Pandailah dia pergi klinik dah elok skek nanti tu. Lepas hantar budak-budak, zasss g kerja. Alhamdulillah punch card tak merah.

Budak-budak pun bukan sihat sangat tu sebenarnya. Naurah dgn flu tak habis-habis dia tu. Check doc, lungs dia clear je. Selalu batuk pd waktu malam je. Usually aku sapu je balm Lavandula or balm Vicks kanak-kanak tu. Barulah lega sket batuknya. Makan ubat batuk macam dah tak jalan. Ubat flu pun sama. Doc saspek dia alergik pd bulu karpet. So last weekend karpet dalam bilik tido kami dah dipindahkan ke ruang tgh tingkat atas. Ganti tempat dengan tikar Sarawak. Harap tak lama lagi elok flu dia tu. Karpet tu jelah saspek utama kenapa Naurah asyik flu.

Nazif pun flu tapi tak batuk. Lately asyik bertahi mata tanda panas dalam. Tadi dah pesan dgn owner taska soh dia minum air banyak. Sempat bekalkan dia air zamzam dalam botol air. Harap habis lah dia minum. Mlm td dia berak & tahi dia agak keras drp selalunya. So mmg bajet dah mesti pasal kurang minum air masak. Owner kata Nazif suka semburkan balik air bila suruh minum. Yes, I understand that. But you just have to keep on giving him water. Kalau tak mmg boleh melarat ke demam. 

Malam tadi kami tidur tak pakai aircond pun. Tu pun sebab remote aku tak jumpa. Panas sikit lah tapi masih bearable. Maybe sbb malam asyik pakai ekon budak-budak jadi tak tahan. Agaknya lah. Tengoklah malam ni boleh tahan lagi ke tak if tak on ekon.

Get well soon my small family. Kaffarah dari Allah. Moga terhapus dosa-dosa kecil kita. InsyaAllah. Amin.




 



 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat