Skip to main content

Esok Jumpa Doktor

Bila selalu rasa tak sihat, mulalah asyik terfikir tentang mati. Allahu...melihat muka anak-anak yng riang gembira hati menjadi sayu. What if I left them so suddenly like tomorrow. Kasihannya dah tak dapat kasih sayang seorang ibu. I know habi will take good care of them. Wan & Atok pun masih ada. Diorang semua sayangkan budak-budak tu menyamai sayangnya aku pd diorang. Cuma itulah....ibu dah tak ada.

I must do something about my health condition. Ianya sudah mula memberi kesan pada kerja di pejabat dan juga di rumah. Kalau kat rumah, lepas telan ubat sokmo tido berjam-jam. Kalau tak tido, kepala sakit. Baik aku pilih tido. Masa utk bersama anak-anak dah makin kurang. Kalau berjaga, cepat pulak panas hati dengan karenah anak-anak. Tak bagus jugak. Aku di dalam dilema.

Habi sangat baik. Tolong picitkan kepala. Tolong urutkan badan. Tak bising pasal rumah yang serupa tongkah pecah. Tapi sampai bila dia dapat bertahan? Setiap manusia ada tahap kesabarannya. So does he.

Aku tengah berkira-kira klinik mana yang terbaik utk aku dapatkan konsultansi. Klinik atau terus ke hospital? Kalau boleh nak jimat duit. So tak pergi ke private hospital lah. Biar anak-anak je yg dapat privilege tu. Ibu pergi hospital biasa pun OK tapi bila memikirkan bab menunggu yang lama sebab ramai umat tu rasa malas. Rasa down. So maybe klinik private adalah tempat paling sesuai buat masa ni utk diagnosis awal tentang masalah kesihatan yg aku sedang hadapi skrg.

Habi pun dah bersuara pagi tadi suruh ke klinik. Esoklah. InsyaAllah.

Aku check tekanan darah semalam. Border line. Sama mcm dulu. Takdelah tinggi sangat di tahap yg membimbangkan. Tapi kenapa aku  rasa tak sihat sangat ni? Ahh..memang kena pergi jumpa doktor juga. Nak teka-teka pun tak guna. Kalau memang dah kena makan ubat control tekanan darah, aku pasrah. Maybe its about time after years of declining the usage of those pills. Semakin umur meningkat, semakin badan tak kuat nak melawan. Agaknya lah.

Paip air, kalau di jerut dengan tali, air yg tersekat tu of kos tekanan dia tinggi nak keluar kot mana x boleh kan? Air yg bertekanan tinggi tulah sama mcm yg berlaku pada kepala aku skrg. Rasa ada tekanan tinggi di situ. Buat kepala rasa bengang semacam.


Rasa nak mengadu pada Tuhan. What did I do wrong this time? I eat like usual. Or maybe memang kena control pada tahap lebih extreme? Entah lah.

Esok. Esok aku akan jumpa doctor. InsyaAllah.


Daging merah adalah musuh utama. Yer, aku byk makan daging for the last couple of weeks. Its all my fault.








Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…