The Beach Is Calling

Hadiah kedua sempena genap habi 34 tahun dah beli malam tadi. Marinated lamb beli kat Hany. Bwahahaha. Malam ni boleh panggang atas Tefal pan yang sangat berjasa itu. Pemanggang ajaib cap ikan tu tak boleh lawan keberjasaan Tefal pan ni sebab berat sangat lah ko pemanggang. Nak basuh pun leceh. So duduk la ko jadi perhiasan sana dalam kabinet. Ada sesape nak beli? Boleh let go memurah ^_^"

Orang degil tak dengar cakap suami memang mcm ni. Masa pemanggang ajaib tengah hot, aku dengar elok je cakap laki takyah beli sbb dah ada Tefal pan tu. Bila dah ada generasi kedua ke ketiga, selokkkkk terpengaruh dengan kengkawan beli dendiam. Tetau member dah hantar kat rumah. Habi hanya mampu memandang & menggeleng kepala waktu tu hewheww. Nak cakap banyak tak boleh jugak pasal guna duit mak xde kaco hok dia =P

OK OK. Tak payah ingat benda dah lepas. Malam tadi kami semua dah selamat balik kat rumah BBST. Home sweet home. Rindu dah rumah yang bergunung baju bajan tak berlipat lagi tu. Atas sofa ada, dlm bakul laundry ada, atas katil Naurah pun ada. Harapnya malam ni aku rajin melipat lah. Doakan aku. Haha.

Esok nak pergi PD. Yahooooo!!! Naurah pun dah selok bawak keluar swimming suit dia & adik. Aku nak kena punggah stor cari pelampung bebudak sumbat dalam sana. Rasanya ada 2. Cukup la sorang satu. Pastu ada beli baldi kecik cedok2 pasir dedulu. In case rajin nak pergi pantai lah kan. Boleh bebudak ni main korek pasir. Pun ada 2 set. Tapi memikirkan nak masuk dalam stor tu rasa sesak napas dah ni. Dah macam gua batu bertangkup dalam tu. Belum membayangkan lipas or cicak yang bermastautin dalam tu lagi @_@

Ahad ni ada wedding invitation dekat Beranang. After check out hotel, insyaAllah akan attend the majlis. Moga dipermudahkan segala urusan kami. Amin.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat