IKEA Selepas 3 Tahun

Habi kalau di ajak ke Ikea, memang tak mahunya dia. Tempat jem katanya. Tak koserrrrr. Sedih betul hati aku. Ikea ni pada aku orang perempuan sangat suka pasal banyak benda mengarot tapi dapat menggembirakan hati tahap maksima bila dapat membelinya. Dengan harga yg super murah tapi dengan kualit yg not bad, memang best sangat lah. Non stick pan yang aku beli last 3 years tu harga RM8.90 je. Tapi gunanya sampai skrg. Senang buat menggoreng telur utk si hantu telur. Tak perlu nak guna Tefal yang besar tu. Leceh nak basuh =P

Semalam kemain bersemangat bila Kak Ya ajak breakfast kat Ikea hari sebelumnya tu. Ahad bangun awal la bila budak-budak dah cerah bijik mata. Turun bawah, Abg Eddy tanya bila nak siap pergi Ikea nyerrr? Eyh...dia nak join rupanya. So laju la aku siapkan budak-budak, kejut habi soh bersiap & by 9am dah gerak. Naik CRV Abg Eddy je sebuah. Setengah jam je pun dari rumah Kak Ya lalu Penchala Link tu. Ker tak sampai? Kemain lagi orang dah ramai OK kat cafe Ikea tu. Sebbaek dapat tempat. Memasing amek makanan tamak haloba. Yelah...kira brunch lah tu. Kena makan banyak sebab lepastu nak sopim pulak kan =P





Shopping dalam Ikea sampai 2.30 petang. Ko mampu? Dah lah aku handle Nazif sensorang pasal habi ikut Abg Eddy bawak Naurah & Emriel skating kat The Curve. Nazif tu dah la attached sangat dengan aku. Mana nak dia dukung dengan Kak Ya or Kak Ann. Aku ni nak bawak diri pun dah berat, tambah lagi 10kg dah rasa macam mengheret batu membawak badan kahkahhh. Masa tu dalam hati geram je terbayang habi happy-happy skating sama Naurah. Aku haywire handle budak buas T__T Sakit woh badan dukung budak tu. Kejap kang nak berjalan dengan kaki ayam dia tu. Nak merangkak lah tarik itu ini. Memang menguji kesabaran sangat.

Kak Ya pun kesian tgk aku. Hahaha. Tapi nak tolong pun tak boleh pasal budak tu taknak kat orang lain. Orang ambil je dia menangis. Geram tapi tak boleh nak  buat apa. Hadap ajelah. Anak aku jugak bukan orang lain. Hahaha. Duduk dalam troli pun tak mahu. Aptb. Pastu bila nak membayar kemain lg panjang beraturnya. Nama pun weekend. Hadap ajelah. Habi tunggu kat cashier rupanya. Abg Eddy masuk dalam, aku nampak je dia terus hulur Nazif. Kehkehh. 

Sebbaek la Nazif OK skek dengan abang aku ni. Abg aku ni pun suka main dengan Nazif. Tah kenapa abang aku ni anak adik beradik yang lain dia takde pun nak heran sangat. Tapi dengan Naurah & Nazif kemain suka dia nak layan. Kadang dia layan anak dia si Emriel tu macam anak tiri. Anak-anak aku kemain ditatang penuh. Silap sikit je Emriel buat anak-anak aku menangis, memang kena jerkah lah dia. Silap haribulan siap kena pelempang. Siryes, aku tak tipu. Huhuhu. Maybe sebab anak-anak aku comel kot. Bwahahaha....perasan.

Kak Ann tengah preggy anak kedua. Dah 3 bulan kot. Happy je masa tahu ritu sebab dah setahun lebih diorang usaha. Akhirnya Allah bagi juga rezeki tu. Teringat jugak masa aku nak conceive si Nazif. 7 bulan jugaklah usaha. Lepas berurut sekali, baru lekat. Kadang Allah nak kita usaha lebih sikit je. Jangan ingat bila nak je boleh terus dapat. Ikut rezeki masing-masing lah kan. Semua orang lain-lain jalan hidupnya.

Lepas Maghrib semua pergi AU2 pulak. Dinner kat Madam Lim. Sedap jugak Tomyam Seafood & Kerapu Deep Fried Thai Style dia. Tapi harga mahal lah situ huhuhu. But as usual, apa guna ada kakak & abang yang banyak duit & tak kedekut kan? Hehehe. Kalau keluar dengan diorang, jarang sangat la kena bawak keluar duit aku dari purse. Diorang pun tak pernah cakap pape pasal tahu adiknya ni kerja biasa je. Tak sama level lansung dengan deme hoii. Huhuhu. Tapi itulah....kita rasa rendah diri jugak kdg tu. Cuma kesempoian diorang tu takdelah buat kita rasa kekok or terasa sangat.

Aku pun kalau ada duit lebih hulur je sekadar yg mampu buat tambah-tambah. Nak cover semua orang memang sempot la ^__^"

Syukur dapat adik beradik tak berkira ni. Tu pasal lah boleh rapat. Nak balik Johor tiap bulan susah. So kita anggap jelah rumah Kak Ya tu macam kampung kita jugak. Kampung KL. Haha.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat