Kanak Kanak Ahli Syurga

Aku melihat gambar di muka buku perihal seorang kanak-kanak lelaki berkulit hitam sedang menuang air dari sebekas minuman kepada kanak-kanak yang lebih kecil darinya. Suddenly aku teringat pada kanak-kanak kecil yang sama warna kulitnya berumur antara 3 hingga 6 tahun yang pada agakkan aku merupakan adik beradik di Masjidil Haram, Mekah. Mungkin mereka berbangsa Sudah.

Boleh dikatakan setiap waktu solat jemaah di Masjidil Haram, ketika para jemaah sedang menunggu masuknya waktu solat fardhu atau selepas menunaikannya, akan kelihatan 3 beradik ini membawa thermos air yang berisi teh arab panas. Sebelah tangan memegang thermos, sebelah tangan lagi memegang cawan kertas. Sangat pantas mereka bergerak & sangat mudah mereka mencilok di celahan para jemaah meng offer teh arab panas yang melegakan tekak free of charge.

Bergunung agaknya pahala kanak-kanak kecil ini. Ianya sesuatu yang simple, tapi sangat besar manfaatnya pada para jemaah. Selain teh panas, mereka juga membawa air zamzam. Aku dan Kak Som ralit melihat gelagat mereka. Kami sama-sama tersenyum & sekali sekala Kak Som akn memanggil mereka utk meminta tolong di isikan botol-botol air kami dengan air zamzam.

Cekapnya mereka, dalam keadaaan jemaah yang padat, mereka tak pernah gagal utk jumpa kembali kami & memberikan botol yang sudah terisi. Ya Allah, beruntungnya kedua ibu bapa mereka. Menuai pahala dari anak-anak yang rajin membuat kebajikan. Ianya satu suasana yang indah bagi para jemaah melihatnya.

Kadang kala Kak Som menyelitkan beberapa riyal di dalam poket baju mereka sebagai sedekah atau hadiah. Aku pun beberapa kali mengikutinya. Ianya peluang yang tidak sanggup di lepaskan. Moga Allah menghitungnya sebagai pahala bekalan di dunia akhirat kelak. InsyaAllah. Amin.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat