Kehendak & Jemputan




Bila kita berada di Masjidil Haram, melihat lautan manusia di serata ruang, kita rasa macam mustahil kita dapat menyentuh Kaabah, bersolat di dalam Hijr Ismail dan apetah lagi mengucup Hajarul Aswad. Tawaf sunat yang paling mendatangkan selesa di hati adalah yang pertama sekali dilakukan bersama habi. Alhamdulillah. Ianya satu ibadat yang yg menggembirakan hati saat melakukannya. Aku pun tak tahu kenapa ianya jadi begitu.

Bersama habi lah kami bersama-sama dapat memegang kiswah Kaabah dan bersolat sunat di dalam Hijr Ismail. Allah ya Allah, terima kasih kerana memberikan kami peluang yang sangat mendebarkan itu. Dan ianya tidak sesukar yang di sangka dengan izin Allah. Dia maha pengasih dan penyayang, yang mengetahui segala isi hati hambaNya. Kami mohon dipermudahkan dan Dia memberikannya. Hampir saja kami dapat mengucup Hajarul Aswad tetapi aku merasakannya tidak berbaloi apabil terpaksa berhimpitan dengan jemaah lelaki yang lain. I said to habi, some other time, InsyaAllah =) Ianya hanya tinggal 2 depa dari capaian. Allahu Akbar.

Kami juga sebenarnya berpeluang memegang pintu Kaabah. Tetapi hati aku tak terasa kuat untuk ke situ. Alangkah ruginya. Aku rasa dah mencukupi dapat memegang Kaabah & solat di Hijr Ismail. Hanya Allah yang tahu rahsianya mengapa begitu. Jika ada lain kali, aku mahu memegangnya. InsyaAllah.

Aku dan habi sangat mudah sekali dapat bergambar semahu kami di perkarangan Kaabah pd malam itu. Orang memang tak pernah tak ramai. Tapi sentiasa ada ruang untuk kami menyusup. Aku memegang hujung kain umrah habi & menariknya sikit demi sedikit ke dalam. Hingga kami dapat begitu hampir dan selesai tawaf sunat kami dengan pantas sekali. Nikmat Allah yang manakah mahu kami dustakan pada saat itu?

Melihat Kaabah di dalam kaca TV sememangnya tidak sama dengan melihat Kaabah di depan mata kita sendiri. Hati berdebar-debar saat hampir mata ingin tertancap ke arah itu. Perasaannya tidak terungkap dengan perkataan. Air mata sangat mudah mengalir ketika memandangnya. Mohonlah....mohonlah apa saja yang terhajat di hati. Jika apa yg diminta memang baik utk kita, pasti Allah akan menunaikannya. Yakin lah.

Mengenangkan aku hanyalah hamba Allah yang sangat biasa, tiada banyak keistimewaan, hati & mulut seiring meminta agar segalanya dipermudahkan. Zikir ' rabbi yassir, wala tuassir, rabbi tamin fi khair ' memang tidak lekang dari lidah. Hati dan fikiran di serahkan bulat-bulat terhadap kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Ianya perasaan yang sangat indah.

 Setiap yang pernah ke sana, pasti mendambakan kesana lagi. Allahu....kalaulah aku ada banyak duit. Skrg masa aje yang ada, duitnya tidak. Ada orang duitnya ada, masa pula yang tak ada. Ianya memang jemputan yang paling istimewa. Kehendak utk kesana & jemputan dariNya perlu datang seiring. Tanpa salah satunya, memang takkan jadi apa.
Aku berangan sekiranya banyak duit satu hari nanti, tiap tahun aku mahu jejak kaki kesana. But....we never know right? Entah-entah bila dah banyak duit, lain pula kekangannya. Berbalik semula pada jemputan. Allahu Akbar.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat