Memang Darah Tinggi Penyebabnya

Alhamdulillah hari ni agak sihat utk pergi bekerja. Agaknya lah pasal pagi sangat lagi. Selalunya migrain tu datang lepas pukul 9pagi. Sampai dah boleh hafal timing dia pasal hari-hari pun kena since last week T_T

So semalam pergi lah doctor kat BBST yang boleh dipakai skek drp doctor kat klinik sekitarnya. Doc prescribe ubat darah tinggi dose paling kecil (5mg) makan sekali sehari, vitamin urat makan 2x sehari & tahan sakit 3x sehari. Balik je dr klinik terus telan ubat & biasalah....tingtong jugak sampai ke petang pasal badan tengah nak serasikan diri dengan ubat baru kot. Dah pernah laluinya masa pregnant with high blood pressure dulu.

Tekanan darah yang diambil menggunakan kaedah manual ialah 150/110. Padan kepala rasa mcm nak meletop!

BP tinggi ni nampak macam sakit biasa. Tak ketara sangat pasal orang tak nampak secara mata kasar. Tapi yang mengalaminya tahu lah betapa hazabnya bila migrain tu datang. Tahap aku ni sampai boleh rasa nak muntah. Sedih sangat rasanya bila rasa tak sihat ni taw T_T Most of the time kat rumah pun tak boleh buat kerja apa sangat. Dok terbaring tergolek dok depan TV dengan kepala berat.

Tapi gagahkan diri jugalah buat some house chores. Asyik tergolek dok je pun badan jadi lemau. Pelan-pelan buat kerja. Penat, kita stop & rehat. Memang tak boleh nak jaga anak-anak bila sakit macam ni. Even hati meronta nak tengok anak depan mata, tapi aku kena hadapi kenyataan yang aku tak dapat nak bagi perhatian 100% menjaga diorang dalam keadaan tak sihat ni. Kena redha ajelah.

As an alternative, I have made an appointment with Puan Aini utk buat bekam khas utk darah tinggi kat Bangi this Saturday. Maybe kena jadikan ianya rutin depends pada saranan Puan Aini tu lah nanti. Bekam ni proses buang darah kotor yg juga perubatan sunnah. Kita guna cara moden & sunnah sekali lah ye. 

Kat klinik smntara tunggu turn selak majalah Anis, tetiba nampak artikel pasal seleri boleh turunkan tekanan darah tinggi dengan baik sekali. Cari kat pasar biasa tak jual pulak. Lepas ni kena beli lah buat sup or tomyam ayam letak bebanyak & ratah. Kalau lalu nak minum boleh try buat jus. Usaha ajelah.

Esok ada appointment lagi dengan doctor. Dia nak tengok keberkesanan ubat pada aku. Then she will decide whether kena continue makan or boleh berhenti. Terpaksa lah apply half day pagi pasal doctor datang klinik 9.30am. Lambat sangat masuk office tak syok la pulak kan.

Doctor kata kena turunkan berat badan. Allahu...kalau lah turunkan berat badan tu sesenang kita menyebutnya. Itulah yang aku cuba lakukan for the past 1 year after I gave birth to Nazif. Lemak ni degil sangat nak mencair. Acaner???






Oh yer. Hari ni genap umur aku 32 tahun. Dapat hadiah penyakit darah tinggi & migrain. Tahniah lah yer ^__^"

Awal pagi habi dah wish Happy 32nd. Ingatkan dia lupa. Hehehe. Thanks =)









Popular Posts