Skip to main content

Model Jubah Cilik



Our blogger friend Dina invite our children to be her Jubah model at her 360 boutique at Midfields Square, Sg.Besi. Being a mother, of course lah excited mengalahkan anak-anak. Knowing that Naurah memang suka lah sangat bab mekap-mekap ni kan. Kita pun seronok la nak biar dia experience photoshoot macam ni. Walau dalam hati sebenarnya dah tau dia akan jadi 'kayu' di depan camera sok kehkohh =P

Geram taw sebab lansung taknak senyum. Muka ketakutan padahal dah comel sangat bila di mekapkan oleh Dina tu. Tapi budak-budak kan, bukan boleh nak paksa pun. Naurah memang sebiji personaliti aku. Pemalu. Err...cuma aku dah tua gini takdelah pemalu sangat dah. Jadi mak-mak kena bersosial beramah tamah. Kena ramah dengan owner taska, dengan cikgu cikgi. Semuanya demi kemaslahatan anak-anak. Kalau kita tak ambil tahu pasal anak-anak, cane nak ngaku jadi ibu bapa yang bagus ye dak?

So aku kena ubah la sikap aku drp tak pandai bersosial kpd pandai. Mulut tu bagi ramah tamah skek demi anak-anak. So aku paham sangat peel si Naurah yg pemalu mcm takde idom ni. Nak marah pun tak sampai hati. Sorry lah Dina anak aku kayu sangat. Next time jemput budak lain pulak lah ekekeke =P Bagi peluang anak-anak geng lain happy and dapat pengalaman baru =)

Overall Naurah memang lah happy. Habi pun as usual sporting je bab mcm ni. Dia pun banyak tolong handle Nazif yang kemain aktif tu kan. Sorry Dina sebab budak-budak buat onar kat butik ko. Dah mcm kena langgar garuda itu butik. Hahaha.

Best lah sbg pengalaman kepada budak-budak and parents. Thanks Yun sebab bagi sambal itam yang super sedap. Terus jatuh cinta. Kalau dapat stok belimbing buluh lagi buat & bagi lagi yerp. Hehehe. 

 





Bermacam ragam budak-budak ni. Raina, Imaan, Mya & Cha. Semuanya better than Naurah. Hahahaha.

Naurah, kalau nak join lagi photoshoot mcm ni, awak kena banyak berlatih dr skrg =P

 








Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…