Now Trending " My Lovable Girl "

Dah lama tak layan kdrama. Aku ni jenis memilih cerita. Pertama sekali hero & heroin kena sama hensem sama cantik. Kalau salah sorang out, hurmm...agak payah disitu. Hahaha. Poyo betol. Tapi ingat tak cerita The Masters Sun? Si hero tu memang aku suka sangat dia berlakon. So Ji Sub. Tapi heroin dia Gong Hyo Jin tu pada aku tak lawa sangat. Sabor jelah kan. But dek cerita dia best and lain drp yang lain, aku follow jugak sampai habis. Tak menyesal pun tengok even syarat pertama tak lepas =P

Maybe kena tukar syarat. Salah seorang samada hero atau heroin kena hensem or cantik. Gitu. Last kdrama aku follow is My Love From Another Star. Drama ni memang daebak. Hero & Heroin dedua pujaan hati aku. Cerita pun lain drp yg lain. Kim So Hyun & Gianna Jun. In love gila dengan drama ni. Kalah drama The Heirs even hero pujaan hati ku Lee Min Ho berlakon in that drama. Please lah Minho....taknak berlakon jadi student dah pleaseeeee. Suka dia berlakon macam dlm City Hunter. Aksi & romance. Hihi.

Oh yer. My Lovable Girl ni heronya ialah Rain. Huwaaaa....lama gila dia tak berlakon drama romance mcm ni. Heroin pulak Kristal Jung. Dia ni salah sorang ahli grup f(x) kalau tak salah aku. Kenal dia pun dari cerita The Heirs. Syarat pertama kira lepas lah. Sama padan. Now baru Episod 8. Interesting. Suka Rain. Nampak lebih matang. Hebat betol lakonan dia. Penjiwaan watak tu..perghhh. Daebakk!!

Jom kdrama lovers kita tengok cerita ni. 


Basically cerita ni tentang Rain yang kehilangan gf dia dlm kemalangan. 3 tahun menyepikan diri dr family & kawan2. Sampai 1 hari dia terpanggil nak tolong adik kpd gf dia seorang pemuzik jalanan sbb kesian ppn tu mcm hidup susah. So dia pun balik semula ke bandar & kerja balik kat kampeni music ayah dia. Dalam masa yg sama dia bawa sekali adik gf dia ni utk jadikan dia penyanyi terkenal.

So kira dlm journey diorang nak berjaya tu, diorang falling in love with each other. Gitulah serba sedikit. Rain cute sangat huhuhu =P Pelakon pembantu yg lain pun boleh tahan semuanya. Ada nama gah dlm industri muzik Korea.








Popular Posts