PD Golf & Country Club Part II

Esok paginya bangun pagi breakfast lah dulu. The breakfast was decent. Kami bersarap dengan pemain golf yang pagi-pagi dah bangun. Ada game between media and Politeknik PD. Bila semua dah start the game, tinggal lah bape kerat je dlm dewan makan. Makan lah dengan tenang. Err tak tenang sangat pasal Nazif asyik baling sudu garpu segala macam lah yang ada kat tangan dia tu. Hobi dia memang suka baling & campak sesuka hati ikut mood dia.

Lepas breakfast, tak sempat nak naik bilik balik. Naurah & Nazif dedua selok lalu sebelah swimming pool. So habi naik atas amek suit diorang & main air teruslah. Nazif lebih happy kali ni pasal ayah ada sama. So boleh berendam sepuasnya dlm kolam instead of main air dari tepi je mcm dengan ibu. Hahaha.








Aku tengok budak-budak ni happy sangat masa main dlm swimming pool ni. Ahh...berbaloinya rasa pergi ke sini. Memang tujuan utama nak bawak diorang mandi sini pun. Tak dapat nak describe betapa puasnya melihat wajah anak-anak yang tersenyum girang. Untuk apalah ibu ayah penat bekerja kalau tak dapat nak gembirakan hati anak-anak mcm ni kan? Untuk inilah kami bekerja anak-anak. This is all for you guys.

InsyaAllah akan ada lagi short trip macam ni for you guys. Kita pergi yang dekat-dekat jer. Dekat dan lebih kerap. If jauh memang susah nak kerap. Haha.

Lepas semua dah puas berendam, naik bilik & berkemas lah. Pukul 12 check out & kami menuju ke Teluk Kemang mencari port lunch. Nampak restoran Asam Pedas Kasih Ibu. Terus lah singgah. Aku & habi memang penggemar asam pedas. Order kepala ikan merah lah apa lagi. Not bad lah. Orang pun penuh. Berpeluh-peluh kami makan dlm suasana yang panas tu kan. Puas. Alhamdulillah.

And then we decided to used old road again. Best pemandangan kampung. Budak-budak pun dah tidur kepenatan bermain air paginya, terus lah balik ke BBST. Sempat habi singgah beli buah naga kat tepi jalan. Aku yang pesan sblm gerak dr PD. Sebbaek habi ingat sbb aku pun tido sepanjang perjalanan berjemaah dgn budak-budak. Hahaha. Hampes sungguh. Pukul 2.45 petang kami pun sampai di rumah. Alhamdulillah.

Short trip yang sangat best. InsyaAllah bulan depan ada lagi wink wink =D

















Popular Posts