Skip to main content

Villeam Coway Memang Best



Tu dia Coway punya water filter yang paling latest. Villeam nama dia. Senang betul dah ada benda alah ni. Nak buat susu budak-budak tak payah fikir dah ada air panas ke tak. Sebabnya 24 jam memang standby mode. Sentiasa ada. Suhu air ada 3 ketetapan. Panas, sejuk & room (ambient).

Sebelum ni bukannya taknak beli. Tahu kepentingan & manfaatnya. Tapi kemampuan nak beli cash sedebuk gitu or sewa beli (mcm skrg) tu yang membuatkan tak ada. Ini pun ada bukan sebab dah mampu. Tapi sebab dapat sponsor installment payment free for 1 year by Kak Ya. Well....sape lagi yang selalu murah hati khennnnn ^_^"

Kak Ya pun sbnrnya tolong adik bongsu aku si Hirraz tu cukupkan sale 3 pcs per month. Bila dapat achieve target, dapat lah bonus masyuk sikit. Gitu. Sebelum ni aku dah cakap tak mampu dah nak tambah komitmen bulanan. Kalau mampu, aku pun nak tolong adik beradik. Aku cuma berpijak di bumi yg nyata. Kalau dah memang tak mampu, takkan nak bersusah payah pulak kan?

Offer Kak Ya ni memang tak mampu ditolak oleh aku mahupun habi. Naik segan kadang tu kalau fikir banyak sangat bantuan kewangan yg kami dapat dari Kak Ya neh. Tu pasal aku tak kedekut belikan tudung utk dia kat SBU sane if pergi. Beli tudung utk aku, mesti belikan utk dia sekali sehelai dua. Happy tgk banyak dah dia tudung baru dalam wardrobe. Kalau tak asyik ulang pakai yg sama aje. Kesian. Dia tu bukan takde duit pun. Cuma itulah....kurang bersosial. Jenis pakai apa yg senang dapat je. Tak suka berfesyen ke ape. Outdated ke ada dia kesah? Ekekeke =P

Korang kalau nak beli Coway, emel aku ye kat sitisharena@gmail.com. Laju je nanti ada org Coway call for installation. Saje marketing skek utk adik hehe. Macam Villaem kat atas tu model paling baru RM125 per month. Ada a few model lain like Mach & Petite. Mach tu kat rumah Johor pakai. Petite tu kat rumah Kak Ya. Dua model ni RM120 per month. Kontrak sewa beli for 2 years. Service percuma dlm tempoh sewa beli tu. Lepas tamat tempoh, jadi hakmilik kita. Cuma kena service jelah maybe once in 6 months ke. Supaya boleh pakai lama =)







Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…