Alahai Nazif


Mata dah merah tapi dok tahan taknak tido. Dapat atok & nenek jaga, paci tak lekang dari mulut. Diorang kata sebab asyik merengek. Cranky ya amat. Petang bila balik dari kerja kemain lagi dia taknak lepas ke aku. Pagi sebelum pergi kerja pun sama. 

Aku agak dia agak marah kot sebab ditinggalkan dengan atok & nenek yang dia tak biasa sangat sebab jarang jumpa. Tu pasal dia buat perangai. Cumanya dia belum boleh cakap je kan. Kalau dah pandai cakap, mesti dia potpet mengadu macam Naurah.

Hari last day yer dik. Isnin depan taska dah buka semula. Kesian Ibu Midah dah rindu sangat dengan karenah awak tu hehehe. Hemsem boy katenyerrrr =P Tak semua orang boleh handle karenah Nazif ni. Sangat menguji kesabaran. Ibu pun kdg naik angin mihmihh.


Bila nenek tunjuk pic golek-golek depan tv macam ni nampak alahaiiii...macam budak baiknya awak. Atok & nenek tetap puji kadang dia senang je dijaga. Buat hal dia bila semuanya ikut kehendak dia. Cukup serba serbi. Nak marah pun kadang tak sampai hati sebab comel katanya. Untong larrr....ibu dulu comel jugak masa kecik tapi selalu je kena libas dgn tali pinggang dgn atok nenek. Ini tidak adil. Hahaha...



Adududuuu...bila lah dapat nak pisahkan dia dengan paci tu. Tak comey lah dik pakai paci gitu. Menyampah ibu tengoknya taw. Nanti lah ibu gugel petua nak pisahkan paci dengan budak-budak. Doakan ibu berjaya!


Tu dia ketam nipah Abg Eddy beli on the way to my house at BBST masa cuti Deepavali hari tu. Kemain besor semua ketam yg ada. Aku & habi bertungkus lumus memasak 2 jenis masakan ketam. Tuan rumah katanyaaaa. Sambal ketam telur masin & sup ketam. Sekali hadap semua licin. Hahaha. Terbaekkkk.

Kak Lin telah berjaya mengangkut banyak baju lama Naurah & aku di bawa balik ke rumahnya. Tinggal beberapa helai je aku simpan buat kenangan. So bilik atas yg dijadikan stor tak rasmi tu dah clear la sikit dari kotak-kotak pakaian lama tu. Lega. Next time if ada masa boleh proses lagi bagi semenggah semuanya.




 





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat