Dah Balik Rumah Sendiri





Kami semua dah balik rumah di BBST hari Sabtu lepas. Mood mengemas di teruskan sempena menyambut kedatangan my parents dari Johor. Diorang datang sebab nak tolong jagakan Nazif seminggu ni pasal taska tutup seminggu arahan dari Klinik Kesihatan Salak Tinggi due to HMFD case.

Hari ni hari pertama Nazif dijaga oleh mak & abah. Harap dia tak meragam lah. Kesian mak abah kena layan karenah dia huhu. Yelah jarang jumpa kan. So nak ekjas tu ada payah sikit lah. Ambil masa sebelum faham budak yang macam-macam ni.

Naurah start balik kindy selepas seminggu OFF. Nasib baik mood okay je. Balik keje kami ambil lah dia macam biasa. Biar mak & abah fokus jaga Nazif je. Bukan senang nak handle dia sorang je if tak memahami caranya huhu

Nasib baik mak dah pandai wassap. So pape boleh wasap je dia tanya guane. Tak pun call rumah jelah tapi takut menggangu sangat pasal bunyi kuat. Buatnya si kenit tu tengah nak tido, terbantut pulak dah. Banyak kena fikir sebelum buat apa-apa.

Rabu nanti more of my siblings will come to my house sempena cuti Deepavali. Ada yang memang cuti sampai weekend & ada yang datang hari je. Dah lama tak berkumpul ramai-ramai since Syawal hari tu. Mesti havoc rumah jadinya =P




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat