Depan Mata Kaki Memijak








Ya Allah, rasa macam berada di sana sekali lagi bila melihat semua gambar yang ada. Terima kasih Allah sebab bagi peluang aku & habi jejak kaki di rumah Mu. Menguatkan lagi rasa bersyukur dengan apa yang kami ada skrg. Mengukuhkan lagi tahap keimanan terhadap agama Islam yang syumul.

Selama ni aku cuma tahu tentang tempat istimewa ni dari cikgu agama yang mengajar, bacaan dari buku & surat khabar serta dari kaca tv saja. Bila dah jejak kaki kat sana, terasa macam di buai mimpi. I'm looking at it with my own eyes. Semuanya memang wujud. Aku cuba membayangkan kegigihan Rasulullah SAW pada zamannya memberikan dakwah kepada penduduk kota Mekah.

Aku membayangkan Rasulullah yang berjalan kaki seorang diri ke Thaif utk berdakwah dengan bentuk muka bumi yang berbatu bata, kontang & gersang. Subhanallah. Memang kita patut berasa kagum pada manusia istimewa itu. Memang patut kita rasa sayang padanya. Memang patut kita jadikan baginda idola nombor 1 dalam hati kita.

Kemain ayat skema betul tulis mihmihh. Target lepas ni nak kumpul duit pergi dengan anak-anak. Ya Allah, moga ada rezeki tu utk kami. Amin.



Popular Posts