Gambar Umrah Yang Belum Dilihat

Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni, tetibe aku takde idea nak merapu. Makanya aku mengimbas kenangan lama jelah masa pergi Umrah bulan 4 hari tu pasal ada gambar yang baru di transfer dari camera Nikon dalam pc ni. Gambar entry lama dulu tu semuanya dari henfon je. So adalah beberapa gambar baru yang belum pernah korang tengok masa kat sana.

Alahai....rindunyalah nak kesana. Badan aku ni kan berat. Selalunya kalau jalan banyak-banyak memang cepat panchit. Kaki tak kuat nak membawak badan ke hulu ke hilir. Masa kat sana memang kita takkan boleh lari dari berjalan dengan banyaknya. Menyedari kekurangan diri, aku bertawakkal pada Allah moga Dia kasihankan diri aku & bagi kekuatan lebih bab berjalan tu. Syukurlah atas kehendak diri yang kuat & tentu sekali bantuan Allah, aku berjaya jugak keep up with the pace of the others. Menyusahkan habi sikit aje masa Umrah ke-3 sebab masa tu tapak kaki masa pijak lantai pun dah macam dicucuk sejuta jarum sakitnya huhu.

Menyusahkan tu takdelah sampai suruh habi mendukung aku pulak. Hahaha. Macam la dia kuat pon. Mau terlentang terbalik woiii kahkahhh. Aku cuma suruh dia slow down masa saie tu jer. Jalan relax-relax tak payah nak terkejar sangat. Mengimbas pulak kenangan masa jadi pengantin dulu bwahaha =P


Inilah kapal terbang yang membawa kami dari bumi Malaysia ke Tanah Arab dengan selamat. Bangun tido makan toilet itu ajelah kerjanya menunggu masa utk mendarat. Letih badan dalam perjalanan yang panjang tu.




Kalau tak salah aku ni Masjid Qiblatain. Kat sinilah Rasulullah SAW solat yang pada mulanya berkiblatkan Masjidil Aqsa menukar arah kepada mengadap Masjidil Haram. Ditengah solat, turun wahyu dari Allah dari Surah al Baqarah ayat 144 ertinya :

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.




Dalam bahasa melayu pun ada. Tak perlu risau :) Ini di perkuburan pejuang syahid sewaktu Perang Uhud. Berdepan saje dengan Bukit Uhud. Sebak bila berada kat sini sebab membayangkan ramai sahabat Rasulullah SAW yang syahid dek kerana ada segelintir pejuang Islam yang tergoda dgn harta rampasan perang sedangkan Rasulullah dah pesan jangan turun dari bukit sehingga di beri arahan. Ada pelajarannya di situ.

Pernah sewaktu berlaku banjir besar dahulu, ada kubur yang terbongkar keluar dan dapat dilihat jasad yang masih elok sempurna sedangkan sudah terkubur beribu tahun lamanya. Allahu Akbar.


Berlatar belakangkan Masjidil Haram. Kalau banyak duit, aku pun nak duduk hotel ni hehehe. Melihat Kaabah je dah dapat pahala taw. View macam ni sape yg taknak? Tengok Kaabah sampai tertidur pun takkan jemu.


Kat sana, dalam otak kita 24jam fokus fikir utk ke Masjidil Haram. Nak beribadat banya-banyak yang terdaya. Kat Malaysia kita sibuk dengan kehidupan kerja & anak-anak. Nikmat yang Allah bagi masa kat sana, pergunakan lah sebaiknya. Ianya semacam menebus waktu-waktu yang lampau kita tak dapat beribadah sepuasnya.




Allahu...bila nampak pokok-pokok subur menghijau begini di Kota Mekah, aku teringat akan hadis Rasulullah SAW tentang tanda-tanda hari Kiamat. Tidak akan berlakunya kiamat sehingga tanah Arab yang tandus & tanahnya kering kontang itu menjadi subur dengan air sungai yang mengalir dan tanaman subur menghijau. Subhanallah.

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : 

“Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. ”

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

Disana di sekeliling batang pokok tu tanahnya di korek bagi jadi mcm tempat takung air. So ada saliran air yang selalu memenuhi takungan tu. Sebab itulah pokok boleh hidup subur menghijau. Kalau takde sistem macam tu, tanah kering kontang macam mana pokok nak hidup subur kan?


 Inilah Jabal (bukit) Rahmah.



Ecehhh. Gambor ni masa kat Jabal Rahmah. Tempat pertemuan semula Nabi Adam & Hawa setelah keduanya di usir dari Syurga oleh Allah SWT. Kat sini kita berdoa suami isteri mengadap ke Kiblat yakni Kaabah yer bukan mengadap Jabal Rahmah tu. Doalah moga hubungan suami isteri tu kekal hingga ke Syurga. Kasih sayang tu sentiasa subur dalam hati masing-masing. Apa yang terlintas, kita doa. Ada yang naik ke bukit bersolat sunat apa entah. Jemaah Malaysia selalunya tak buat pun sebab takde istimewa apa pun. Aku pun tak naik ke atas bukit. Lepak bawah je berdoa seikhlas hati dengan habi. Ada yang mengarut tu dok tulis nama dgn pasangan atas batu kat atas bukit tu. Macam-macam ragam.

Ya Allah, rindunya utk ke sana lagi :"(








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat