Hanya Pinjaman

Kesian mak macam kecik hati pulak anak-anak ramai tak dapat balik Johor Raya Haji tahun ni. Aku tak dapat balik (even dah plan mmg nak balik tssk) sebab PIL korban lembu sekor. So terpaksa lah pentingkan apa yang nampak lebih penting kan? Tahun 2012 kalau tak salah PIL buat korban jugak. Tapi masa tu kitorang balik Johor ada event jugak. So kali ni kat Johor tak ada apa-apa, kenalah attend event sini je.

Ingat if Deepavali jatuh hari Khamis, boleh apply cuti Jumaat & balik Johor. Malangnya Deepavali dah ubah tarikh ke hari Rabu. Cuti dah tak banyak nak apply 2 hari. Kena berjimat in case ada emergency ke ape kan. Agaknya bulan 12 kot baru dapat balik Johor T_T

Abg Eddy memula boleh balik. Tetibe kata ada kerja pulak. Kak Lin bajet adik-adik yg lain ramai balik, so bajet taknak balik. Tapi bila mak mcm kecik hati, dia kata insyaAllah balik lah jugak. Anje memang tak diberi harapan tinggi utk balik. Maklumlah kerja Polis. Hehehe. Semua dah sedia maklom ork. So yg available maybe Lisa, Kak Ya & Hirraz je. Jadik lah tu. Untung jugak ada anak ramai. Cer kalau anak sikit, ada potensi takde anak-anak yg balik lansung pun. Adakah ini petanda aku kena tambah seorang dua lagi anak? O__o

Aku selalu terfikir kalau anak sikit ni, if Allah ambil balik pinjaman anak tu drp kita, kesiannya lahai tak ramai anak dah. Kalau anak kita sorang? Lansung dah takde anak. Sedih gila ork? So ada baiknya if anak lebih sikit. Manelah tau Allah ambil balik sorang dua sebelum nyawa kita pun diambil semula. Boleh ke fikir macam tu?

Then aku teringat kata-kata penulis tersohor, ulama' Arab Saudi kontroversi Dr. Aidh Abdullah Qarni yang menulis buku Best Selling " Jangan Bersedih".

" hiduplah utk hari ini & waktu ini, jangan di fikir-fikir tentang apa yg akan terjadi pada masa hadapan kerana Allah sudah ada perancanganNya utk kita. dan jangan fikir yang negatif tentang apa yg berlaku di masa depan. kita pun tak tahu benda tu akan terjadi atau pun tidak "

Lebih kurang macam itu lah ayatnya. Tak best betul pengolahan ayat aku =P

Ianya seperti whats the point susah hati, gundah gulana tentang perkara masa depan yang kita sendiri pun tak tahu akan terjadi atau pun tidak. Menyeksa diri sendiri namanya tu. Keep on being positive. Allah tak pernah cipta kita utk aniaya diri kita kot. Kita je yang suka menganiaya diri sendiri sebenarnya. Gitu.

Bila kita fikir kena anak ramai sbb takut Allah tarik balik nyawa sorang dua & kita dah takde anak, rasa macam niat kita utk ada anak tu dah terpesong. Sebagai seorang muslim, kita mahukan anak yg ramai supaya anak-anak kita tu jadi manusia yang soleh & solehan yg menjunjung tinggi syariat Islam. Yang menyembah Allah sebagai Tuhan yang 1. Yang boleh berdakwah tentang keindahan agama Islam kepada yg bukan Islam.

Dalam masa yang sama saling menumpang kasih sayang antara satu sama lain. Kita sayang anak, anak sayang kita. Lebih senang kalau kita fikir semua benda di sekeliling kita sebenarnya adalah pinjaman. Semuanya. Pemiliknya hanya Allah. Bila Dia nak balik, Dia akan ambil. Itu hak Dia. Kita cuma seorang peminjam. Takde hak apa-apa pun. 

Kalau kita sungguh anggap Allah itu yang Pertama dalam hidup kita, InsyaAllah kita mudah mencapai tahap redha. Apa pun perkara sedih yang berlaku, kita akan redha. Moga Allah berikan kekuatan rohani kepada kita utk menghadapi apa jua kemungkinan dariNya. Amin.

Pinjaman Allah kepada aku buat masa ni





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat