Hari Arafah, Korban & Akikah

Tahun ni Hari Arafah jatuh pada hari Sabtu. Harapnya dapat lah berpuasa sunat. Dengan harapan Allah mengampunkan dosa aku setahun sebelumnya & setahun selepasnya. Amin ya rabbal alamin. Harap rajin lah bangun sahur & makan ubat darah tinggi siap-siap. Moga dipermudahkan.

10hb bersamaan hari Ahad kita akan berhari raya aidiladha. Kemudian 11,12,13 merupakan hari-hari tasyrik. Kita haram berpuasa pada hari-hari tersebut sebab dikatakan hari umat Islam bermakan minum.

Simboliknya ibadah korban ni ialah sempena kita mengingati kesanggupan Nabi Ibrahim A.S menyembelih anaknya Nabi Ismail atas perintah Allah SWT. Hebatnya Nabi Ismail, dia tidak gentar, malah meyakinkan ayahnya utk melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah itu. Akhirnya Allah menukarkan Nabi Ismail yang mahu disembelih itu kepada seekor kambing biri-biri. Subhanallah.

Sebab itulah kita saban tahun meraikan hari raya korban utk memperingat peristiwa tersebut. Daging korban kita sedekahkan pada orang ramai. Terutamanya pada orang yang kurang bernasib baik spt fakir miskin, ibu tunggal & anak yatim. Daging merupakan makanan yang di anggap mewah bagi orang yang tidak berkemampuan. Melalui ibadah korban, dapatlah mereka merasa memakan daging yang dimasak mengikut citarasa mereka.

Daging korban seeloknya kita bagi mentah kepada orang ramai sebab diorang boleh masak ikut tekak sendiri. Daging akikah pula seeloknya kita masak yang manis-manis & di panggil orang ramai utk memakannya. Kalau nak di beri pun eloklah yang sudah dimasak.

Alhamdulillah Naurah & Nazif keduanya sudah di akikahkan. Naurah dgn seekor kambing & dibuat jamuan di Semenyih. Nazif pula dengan 2 ekor kambing, dibuat jamuan di Johor. Akikah merupakan penyembelihan binatang sbg tanda bersyukur diatas rezeki anak yang baru lahir, dikurniakan oleh Allah SWT. Hukum akikah pula sunat muakkad (dituntut) sekiranya mampu.

InsyaAllah ada rezeki nanti boleh lah aku & habi buat ibadah korban pulak. Mudah-mudahan. Amin.








Susahnya nak ambil pic Nazif skrg. Tak reti duduk diam. Malam tadi semua tido awal. Lepas Isya' je tutup lampu semua, masuk bilik. Puas tido semuanya ^__^"







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat