Hari Raya Korban Di Rumah Mertua
















Ramai saudara mara mertua datang ke majlis korban hari Ahad lepas. Di hari kejadian, Nazif asyik melekap dengan aku je. Sakit badan asyik dukung dia seharian. Selain drp habi & keluarga mertua, dia memang taknak dengan orang lain. So aku pon tak dapat la nak tolong banyak  buat kerja pasal kena ngadap budak manja tu je.

Banyak juadah yang ada hari tu. Yang mil masak, yang orang bawa. Semuanya sedap. Sup tulang lah yang paling orang tunggu. Makan dengan sambal kicap panas-panas memang heaven sangat lah.

Fil bersungguh suruh aku ambil daging & tulang utk keluarga kecil kami. So aku pun ambil ajelah buat ada-ada. Entah kenapa rasa macam malasnya nak ambil. Cukuplah makan kat sana aje kan. Tapi dah orang suruh, buat ajelah. Kang kecik hati pulak sapo nak jawab hehe. Lepas tu semalam lupa nak ambil dari fridge. Bagus sangat. Haha.










Popular Posts