HMFD Dan Jangkitan Tonsil

Last week memang agak mencabar. Naurah start muntah-muntah lepas balik dari kindy hari Rabu. Lepas minum susu je, muntah selambak. Kesian habi kena mop bagai. Lepas tu dia tidur dan sekali sekali terjaga muntah angin/air liur/air. Esok paginya dia request nak pergi sekolah jugak. Dia pun nampak bertenaga tapi still refused to eat & drink her milk. So hantar jugaklah ke sekolah tapi dah pesan pada teacher keadaan dia. Lewat petang dalam pukul 3 lebih macam tu teacher sms cakap Naurah muntah lagi & ngadu sakit perut.

2 hours to go before 5.30pm. Berharap sangat waktu berjalan dengan pantas. 5.30 on the dot teros cabot shoot ambil Naurah bawa ke klinik. Masa sampai kat daycare, nampak Naurah tengah main dengan happy nya macam tak sakit. Eyhhh??? Still bawa jugalah dia ke klinik & doctor kata viral fever. Tonsil dah bengkak & in fact suhu badan dia 39 masa tu. Peliknya pasal tak rasa panas pun. Panas dalam agaknya. So doc bagi ubat tahan muntah & suruh stop dairy product pasal itu yang buat dia mual. Nasib baik dia OK je tak minum susu. Aku bagi minum air masak je. Doc suruh minum banyak-banyak.

And then ambil Nazif kat rumah owner taska & suddenly Ibu Midah kata Nazif baru je demam petang tu. Homaiii....pening kepala mak. Dah la handle sorang-sorang pasal habi ada kerja malam tu. Sampai rumah terus suap makan & bagi ubat kat keduanya. 7.30pm terus naik bilik bawa budak-budak berehat & tidur. Naurah tak muntah malam tu. Nazif pulak masa kat bawah tu aku noticed ada naik biji-biji merah kat tepi tapak kaki dia. Ingatkan cuma gatal-gatal biasa.

Jumaat hantar budak-budak ke taska & kindy as usual. Keduanya nampak aktif & happy. Siap bekal ubat & pesan pada penjaga masing-masing. Lewat ptg tiada berita dari penjaga Nazif. Itu bermakna semuanya terkawal. Tapi dpt sms lagi dari teacher Naurah cakap Naurah mengadu sakit perut & nak balik. Reply teacher suruh sapu minyak & try to fetch her asap after working hours like the day before.

Ambil budak-budak petang tu, Naurah agak moody. Nazif ceria macam biasa. Aku noticed biji-biji merah kat kaki dia makin banyak. Mula tak sedap hati. Pergi ke Zemart beli barang dapur & malam tu aku tak tidur sangat. Nazif merengek & tidur tak lena. Badan tak panas. So aku bajet sakit perut. Asyik la sapu minyak kat perut dia. Susu lansung taknak minum. Terdetik maybe ada ulser dalam mulut dia tapi nak buat macam mana? Pukul 1pagi melayan dia main toys sampai 2.30pagi gitulah. Nasib lah esoknya Sabtu. Biji-biji merah makin banyak di kaki Nazif. Tunjuk pada habi & we decided to bring Nazif to hospital on the next day.

Pagi Sabtu aku tak berlengah lagi mandikan budak-budak seawal jam 8. Pukul 9 semua dah siap tapi gerak pukul 9.30 tunggu Nazif bangun dari nap. Akhirnya pergi ke Nilai Medical Centre utk jumpa pediatrician baik hati, Dr. Yap. Tunjuk je Dr. Yap biji-biji merah, laju je dia cakap HMFD. Huwaaa....kesiannya Nazif. Bila doc suluh tekak, banyak dah ulser katanya. Tu pasal taknak susu. Doc suggest warded sbb taknak Nazif makin dehydrate. Naurah pula amazingly terus sihat sampai ke hari ini. Syukur lah. Tak serabut sangat ork.

Begitulah ceritanya. Warded dari Sabtu sampai lah semalam. 3 hari 2 malam percutian keluarga di hospital. Request bilik 1 orang sbb memang kena isolate pun dari budak-budak lain kan. Kena masuk air lah Nazif. Tekak dia kena spray dulu sebelum dia boleh minum susu. Alhamdulillah semalam dah tak perlu spray pun dah boleh minum. Makan pon dah selera. Lega. Dapat lah discharge awal pagi. Sampai rumah ptg tu semua keletihan. Aku lipat baju segunung atas sofa nearly 2 hours sambil tengok drama MATS haha. Pack up things balik Semenyih sbb kena kuarantin dari taska for about a week.  Naurah pun kuarantin dulu tgk terjangkit ke tidak. Harapnya tidak.




Di suruh basuh tangan selalu utk elak jangkitan. Happy je dia...


Isolation nursing

Tetap aktif

Tidur pun lena

Nazif & Ayah tido. Tinggal lah the girls buat hal masing2


HMFD ni selalunya mudah berjangkit pada budak-budak 5 tahun ke bawah je. Senang berjangkit drp air liur pesakit & sentuhan. Sentuhan tu agaknya if kena air dari biji-biji yang timbul tu kot. Nazif punya ruam takde air. Kira ringan jelah HMFD dia kena ni. Dr. Yap kata kes yang teruk bila ada air & pecah pastu bernanah. Infections & yang itu kena makan antibiotic. Ngerinya. HMFD ni viral disease. Takde ubat spesifik. So selalunya akan baik sendiri dalam masa 1 minggu. 

Yang jadi masalah bila ulser menyerang dalam mulut. So pesakit tak boleh nak makan & minum. Tu yang boleh jadi dehydrated. Dari situ merebak jadi problem yang lain pulak. So kalau boleh jangan tunggu sampai budak dah lemah baru nak warded. If rasa kita boleh handle, teruskan kuarantin kat rumah je. Jadilah ibu bapa yang bertanggung jawab. Jangan tetap hantar anak ke taska end up makin ramai budak yang terjangkit sama.

Plus pastikan anak dah betul-betul sembuh barulah bawa ke tempat awam.


Nampak?

Ada ubat sapu

Kesian adik T_T

Ambil feel nak zzzz

Sama tak? hehe

Breakfast

Dugaan bagi ibu bapa bila anak-anak tak sihat. Dah hujung tahun ni cuti tak banyak. Untung lah ada keluarga mertua dekat. Boleh tolong jagakan sekejap. Terima kasih ye.

Warded kat Nilai Medical Centre memang selesa. Bilik luas macam duduk dalam hotel. Nurses muda-muda semuanya baik-baik belaker. Sokmo senyum & lemah lembut. Dr. Yap as usual memang ceria & positive. We missed Dr. Khairul kat Annur tapi warded kat sana sangat lah tidak selesa sebab serba serbi sempit. Baik dari kliniknya hinggalah ke wad nya. So terpaksalah kami cari alternatif lain & untunglah ada NMC ni. Dekat dengan rumah (10 minit) & sangat selesa.

Melepas pergi ke birthday party rumah Dina & Juli. Sorry guys. Biasalah...bila kita naaaak sgt pergi sst event tu, selalunya ada je something came up. Dah banyak kali jadi macam ni. Manusia hanya merancang, Allah yang tentukan =) Redha.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat