Indahnya Kaabah


Gambar berlatar belakangkan Kaabah ni tersangat lah indahnya kan. Bila berada kat sana, Kaabah tu tak sejauh yang kita sangka. Dekat sangat sebenarnya dengan kita. Pelik tapi benar. InsyaAllah akan ada banyak peluang utk kita sentuh Kaabah bila hati kita mahukannya. Mintalah pd Allah, Dia akan tunaikan. Allah tahu kehendak hati kita walau kita tak lafazkan di mulut pun. Dia permudahkan jalannya. Nampak macam mustahil dengan manusia yang ramai tu. Tapi ianya tidak. Kita hanya akan faham bila kita berada disana.

Aku & Kak Som suka duduk bawah mataaf & memandang Kaabah. Sometimes kami hanya berdiri dan memandang sambil berdoa apa saja yang terlintas di hati & fikiran. Sehari tak melihat Kaabah sewaktu disana, hati seakan terasa kosong. Mesti nak tengok jugak walau dari jauh. Hati seakan dipanggil panggil.



Kami bergambar kenang-kenangan dengan Ustaz Samsudin, mutawif TH dari Indonesia. Pemuda yang sangat murah dengan senyuman, pantas menghulurkan bantuan & sangat lembut tutur katanya. Semua jemaah wanita jatuh cinta dengan personaliti ustaz ni taw. Terutamanya makcik-makcik yang pastinya nak buat menantu hehehe.

Tubuh badannya kecil tapi hatinya besar. Dialah yang membawa group kami menunaikan Umrah Pertama di tengah malam sesampainya kami di Kota Mekah. Moga dapat bertemu lagi di masa hadapan. Alangkah eloknya jika di sana juga. InsyaAllah =)






Popular Posts