Skip to main content

Jangan Sampai Orang Pertikai

Ada ke dalam dunia ni orang yang bekerja di office tak buat benda lain yang takde kena mengena dengan kerja office lansung? Maksud aku personal things lah. Contohnya guna copier machine office utk copy IC kita sebab nak buat loan bank. Scan dokumen personal guna scanner office. Melayari internet utk update blog guna internet office (macam yg aku buat skrg ni mihmih). By right semua tu tak boleh buat kan? Betul tak?

Tapi...betul ke ada orang yang 100% berdedikasi pada kerja & tak buat lansung semua personal things tu? Wujudkah manusia seperti itu? 

Kesimpulannya macam mana nak cakap eyh? Hmm..maybe boleh buat personal things tu, tapi....kena ada limit nya. Janganlah melampau sangat sampai jadi berlebih lebihan. Sikit-sikit, sekali sekala tu boleh lah. Tapi sebanyak mana pula yang dikatakan sikit-sikit tu? Ada orang kata sikit tu sebulan 1-2 kali. Ada orang kata sikit tu sebulan 5-6 kali. Lain orang lain dia punya terjemahan sikit tu kan?

Ah..memang rumit bila fikir tentang benda ni. Aku sendiri cuba me limit kan diri meng update blog terlalu kerap dalam sehari even dalam otak ni banyak kadang idea nak tulis. Taknak la orang cakap macam aku takde keje lain selain mengadap blog kan? Prinsip aku macam ni. Selagi benda personal sikit-sikit ni tak menjejaskan kerja kita di pejabat sampai ramai orang komplen itu ini pasal hasil kerja kita, then its okay.

Dalam membuat kerja pun tak semestinya 100% sempurna apa yang kita buat tu. Human error tu biasa lah. Sekali sekala je bukannya selalu sangat. Suddenly aku teringat masa down putus tunang back at 2008. Masa tu jiwa kacau, otak serabut fikir pasal hati & perasaan. So prestasi kerja memang kelaot dalam sane. Sampai bos panggil mengadap bertanya tentang masalah yg aku sdg hadapi yg end up aku menangis teresak-esak macam budak kecil kena rampas gula dari seorang budak pembuli. Ahaha...memalukan tapi ianya 1 kenangan yang takkan dapat di lupakan.

Aku cuma manusia biasa. Kadang tertewas dengan hati & perasaan. Biasalah kesilapan selalunya memberi kita satu pengajaran yang kukuh terpahat di minda. Menjadikan kita lebih matang dari pengalaman yang kita pernah lalui. Itulah yang mematangkan diri kita ye tak? Itulah jalan hidup yang Allah dah tetapkan utk aku. Sudah terhantuk baru nak tengadah. Siapa kita nak mempertikaikannya kan?

At least aku terima teguran yang bos bagi tu sbb memang salah aku. Otak tak focus bila buat kerja, end up error sana sini. Asyik dok melayan perasaan sedih. Susah betul nak control diri masa tu. Itulah zaman kejatuhan aku dlm kerja yang paling bersejarah hehehe. Selain drp waktu tu, waktu mengandung pun prestasi kerja merosot sikit pasal sickness masa preggy yang sangat hebat. Bab sakit ni susah la nak cakap psl Allah yang datangkan rasa sakit tu kan? Bukannya kita mintak. And then tidak lah kita setiap tahun pun mengandung. 2 kali in 5 years kira OK lah kot hehe.

Begitulah adanya. Asal kita tahu batas bila membuat perkara personal di pejabat, insyaAllah kerja boleh jalan seiring dengan minat yang kita ada. Ada orang suka melayari website hiburan. Takpelah, asalkan tak menggangu prestasi kerja dia. Dia pun bukannya sepanjang masa mengadap itu je. Tak baik bersangka buruk taw! Ewahh hehehe

Kerja tetap No. 1 bila kita di pejabat. Buat kerja elok-elok, pastikan orang tak pertikai apa yang kita buat pd waktu senggang di office tu. InsyaAllah orang pun tak kacau kita tentang apa personal things yg kita buat kat office. Kalau ada yang kacau even kerja kau tip top, itu bermakna orang tu dengki pada anda. Bersyukurlah & keep up the good work. Eyh? Hehehe =P

Pertama sekali, jangan pernah anggap diri kita perfect & lansung taknak menerima teguran. Ada beza orang tu tegur sebab dengki kita buat kerja elok tapi masih boleh hu-ha atau tegur sebab prestasi kerja kita memang hampeh. Kadang kita rasa macam semua orang tak adil pada diri kita sbb terlalu ramai yang menyalahkan kita. Sebenarnya kita yg tak dapat terima kelemahan yg mmg ada pd diri sehinggakan ramai orang yang komplen pasal kita. 

Takkanlah ada 10 orang komplen, semuanya dengki kot? Agak-agak lah kan kalau dah ramai sangat gitu. Mesti mmg ada yang tak kena sbnrnya pd diri kita cuma kita tak nampak atau saja taknak nampak. Bertenang & renunglah jauh apa yang kita dah buat. Tarik nafas dalam-dalam & muhasabah lah diri anda. InsyaAllah akan di beri jalan oleh Allah utk lihat kesilapan diri kita. Kemudian usaha lah memperbaiki diri. Orang pun tak kejam sangat nak terus suruh kita terus resign on the dot kan? Dia bagi peluang, kita buktikan kita boleh buat kerja dengan baik. Stop whining & do your work pleaseeeee!!!! And please, do it properly.

Kerja juga merupakan 1 ibadah kerana kita bekerja untuk memenuhi tuntutan keperluan dalam hidup. Kemudian barulah utk memenuhi kehendak (nafsu) ye tak? Ibadah pasal nak sara kehidupan anak-anak. Nak bagi rumah sbg tempat perlindungan, nak bagi makanan utk hidup, nak belikan baju, nak bagi pendidikan dan mcm2 lagi lah.

Bila kata ibadah, kenalah buat sehabis baik. Jgn sekadar melepaskan batuk di tangga. Dari kerja kita buat itulah nak bagi anak-anak keperluan tu semua. Moga rezeki yang berkat mendorong anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia & juga akhirat. InsyaAllah. Amin.












Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…