Skip to main content

Menjaga Kasih Sayang

Lately hati kemain lagi asyik berbunga-bunga kat suami sendiri. Tetibe jeles kemain tengok suami pandang henfon sambil tersengih-sengih. Aihh...macam happy sangat ni. Di lamun cinta baru ke? Cepat je syaiton menyucuk fikiran aku khenn. Nak bersangka buruk ni memang senang sangat. Nak bersangka baik pulak kena tenangkan diri dulu, merenung jauh ke dalam hati & then barulah dapat berfikir dengan waras. Perempuan ni memang selalunya emosi melebihi drp akal fikiran. Fakta yang perlu aku akui. 

Walau baik mana pun suami kita, 2-3% perasaan curiga tu perlu ada. Jangan yakin sangat 100% pada manusia. Itu pelajaran yang aku guna pakai sejak putus tunang dulu. Sebab manusia ni hati sendiri pun kita tak mampu kawal. Apetah lagi bab cinta ni. Pernah tengok kan dalam drama kemain lagi kadang pelakon tu nak tahan diri dia dari cinta pada seseorang tu. Tapi selalunya akan kecundang jua. Tak bleh tahan hehehe

Orang yang kuat iman je mampu tahan penangan cinta ni. Kena mintak tolong pada Allah sebab Dia lah yang pegang hati kita sebenarnya. Yang membolak balikkan hati manusia. Kalau nak bersandar harapan, Allah je yang boleh kita yakin 100%. Manusia tidak boleh sama sekali. Ingat pesanan aku ni yer readers sekalian. Ewahh mcm byk sgt reader ko! Puihh..hahahaha =P

Kasih sayang ni kena ada usaha. Kena sentiasa di suburkan. Bagi baja la mcm pokok bunga jugak. Kasih sayang memang boleh pudar & hilang. Jangan dibiarkan berlarutan lama sangat bila kita dah rasa macam tak berapa nak sayang sangat tu. Kena ada usaha la bagi sayang balik dgn harapan rumah tangga kita berkekalan hingga ke akhir hayat masing-masing. Semuanya boleh di usahakan. InsyaAllah.

Tapi dengan syarat kena kerjasama lah suami isteri. Kalau salah sorang je yang berusaha, yang lagi sorang bolayan, aptb ork.

Aku ni yang selalu mengganggu fikiran adalah sebab usia makin naik, muka makin tak lawa, badan dah tentunya tak solid. Senang kata bab penampilan diri lah. Walau nak muslimah mana pun pakaian aku, mata suami tu kena ambil kira jugak. Taknak lah sampai suami malu kita macam selekeh aje keluar dengan dia kan. Muslimah tapi kena up to date sama. Aku tengah cuba lah ni. Lagipun kalau keluar memana memang aku tanya pendapat dia dulu tentang pakaian aku. If dia approved, baru aku go on. If not kena la tukar sampai dia kata OK.

Aku ni jenis terus terang je kalau dengan suami. Tanya je direct apa-apa yang mengganggu fikiran aku. Sebbaek habi jenis cakap terus terang jugak. Takde pun setakat nak ambil hati aku, dia kata aku kurus. Hahaha. Memang kena kelepuk jugak dgn aku bila terus terang sangat. But at the end of the day, we both laugh together like mad. The truth usually hurts kan? Redha ajelah. Terima kenyataan. So aku pun tanya lagi, abes org dah gemok abg dah kurang sayang ke gane ni?

Dia kata jangan nak fikir benda mengarut lah! Ada ke rasa kasih sayang dia pernah berkurang dari awal kahwin sampai skrg? Err..macam takde pulak. So hati pun kembali tenang. Tapi otak tetap tak tenang. Asyik fikir nak perbaiki lagi penampilan diri ni utk suami. Sikit-sikitlah kita usaha. Etlis dia pun nampak kita ada usaha cumanya masih tak berjaya sampai skrg. Dalam masa yg sama kena tambat hati dia dari perkara yg lain pulak. Contohnya jarang membantah kata-kata dia. Selalu masakkan lauk kegemaran dia. Apa-apa lah yang dia suka tu kita dahulukan lah. Bab mana yg kurang, kita tampal dengan kelebihan.

Pada aku lah kan, pasangan kita bila hati dah taknak pada kita, segala kekurangan tu kadang alasan je lebih. Pokok pangkalnya kehendak hati dia jugak. Padahal sebelum tu boleh je terima kita seadanya. Tiba-tiba bila hati dah terpaut pd orang lain, mulalah kekurangan tu jadi faktor yg sengaja dibesar besarkan. Saje nak cari salah kita supaya terima keputusan yg dia dah buat. Dia berubah sebab salah kita semuanya. Dia takde salah apa. Puihhhh!!!

Kita mengaku kita mmg ada kekurangan. Tapi tidak la melampau sangat contohnya tak hormat ibu bapa dia, selalu bantah cakap dia atau tak jaga anak-anak dengan baik etc. Kalau kita mmg ada sikap tak baik mcm tu, dah tegur taknak berubah jugak, lain la cerita kan. Tapi selalunya kes hati dah suka pada yg lain berlaku pd pasangan yg tak ada masalah besar pun tapi masalah kecil yg sengaja dibesarkan. Isu utama ialah hati & perasaan yg tak dapat dikawal kerana saja tak mahu or dah usaha tapi gagal & tak sabar.

Itu pendapat aku ajelah. Dari pengalaman hidup sendiri hehe. Tak payah nak setuju kalau tak setuju yer.

Kadang bila dah jadi mak ni kita asyik la beli itu ini utk anak-anak. Sampai kita lupa yg suami juga perlu kita gembirakan hatinya. Makanya gaji kali ni aku pun belikan sesuatu utk habi utk happy kan hati dia. Dah lama tak bagi pape kat dia. Beli pun ikut kemampuan duit yang ada ajelah. Harap dia tetap happy walau bagi benda tak mahal mane.

Suami aku ni jenis simple. Kehendaknya tak banyak (macam aku hihi). Kadang mmg buat aku pening nak bagi ape ke dia sbb macam semuanya dia dah ada. Selalunya aku akan belikan benda yg mcm dah lama dia pakai tak bertukar sebab masih elok lagi. Bagi dia lebih byk pilihan bukan asyik lenjan yg sama aje. Itu ajelah.

Moga Allah sentiasa jaga hati kami. Amin. Doa lepas setiap solat jgn lupa! huhuhu

Kesiannya aku cuma nampak tangan je sipi kahkahh








Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…