Mood Mengemas Sudah Mari

Sejak hari Sabtu lepas, sebelum kitorang balik Semenyih, kemain lagi mood mengemas rumah datang dalam diri aku. Itu pun sesudah sebulan lebih baju atas katil Naurah yang memang dah bertahun jadi tempat longgok baju belum lipat tidak diusik. Pergh...dia punya semak mata tu tak payah cakap la. Setiap hari aku cuba utk tak pandang je ke arah tu utk mendapatkan tidur yang aman. And it works for every night sampailah sebulan lebih. Hahaha. 

Kadang bila mood nak melipat tu mari, ada pulak budak kecik nak golek-golek dulu atas perot mak dia sebelum dapat tido. Last-last dengan aku pun tetido sama. Aptb. So nak kata salah aku 100% rumah macam kapal karam tak boleh pakai sangat la. Semua yang jadi mesti besebab kan? Hahaha.

Sabtu pagi tu berjam-jam lamanya aku proses baju bajan tu semua. Semua dah proper masuk dalam almari. Baju Naurah pun aku sort. Yang dah kecil, senteng semua masuk dalam beg kertas campak dalam bilik yang dijadikan spt bilik stor @_@

Sejak dah ada Coway, thermopot & penapis air biasa tu dah tak perlu ada di dapur. Thermopot Elba yang baru 2 bulan pakai tu dah ada orang chop. Kasi let go murah-murah je. Penapis air biasa tu buang je kot pasal aliran air yang turun dah slow sangat. Kena beli penapis pasir yang kat tengah tu baru. Might as well buang ajelah. Simpan dalam stor buat semak jer.

So aku pun dalam mood mengemas dapur jugak. Susun atur yang baru memang buat kita rasa fresh. Kalau samaaaaa aje rasa mcm lemau betul. Belum habis kemas lagi dapur ni. Tiap malam cuba kemas sikit-sikit. Dah semakin nampak proper. Tak sabar sangat nak tunggu weekend ni mau kasi siap semuanya.

Kat master bedroom pulak habi dah bukak katil yg jadi longgokan baju sebelum ni. Aku jugak la yg request pasal katil tu pun dah nak roboh nengoknya. Bila katil tu dah takde, ruang pun jadi lebih luas. I loike. Plan nak letak mat ABC Naurah yang dulu tu kat situ bg nampak molek sket dari dibiarkan bogel dengan mozek je. Mula-mula aku plan nak letak karpet RM50 nampak kat Ikea ritu. Kira next time pergi boleh la beli karpet tu kan. And then aku teringat Naurah alergik pd karpet. So tukar lah letak mat ABC yang PVC tu aje. Selamat utk semua orang.

Lepas settled bahagian dapur & master bedroom, aku nak proses bilik-bilik lain yang dah tak proper jugak tu. Asal barang dah taknak pakai, semua humban dalam bilik & stor. Tau-tau dah macam gua bertangkup je bila bukak. Menyampah betul! Harap mood mengemas ni stay dalam jangka masa yang lama dalam diri aku. Amin.

Snap by Ibu Midah (owner taska) - dah bagi kasut semalama hehe =P







Popular Posts