Skip to main content

Musibah Itu Peringatan

Malam tadi aku sempat tengok sekejap berita kat tv. Aku mengaku aku memang tak mengikuti sangat berita semasa samada kat tv mahupun newspaper. Tak tahu kenapa, sejak beberapa tahun lepas, fikiran aku jadi serabut sangat bila banyak tahu pasal hal-hal dunia ni. Terutamanya bab jenayah. Otak aku stressed lepas tahu tentang berita negatif ni. Akhirnya aku decided taknak baca newspaper & tonton berita lagi. Barulah aman hidup aku hehehe. Aku cuma tahu perkembangan semasa dari media sosial macam kat whatsapp group & facebook. Cukuplah itu sahaja.

Otak aku ni jenis simple. Sebab tu aku tak jadi engineer atau akauntan. Aku suka benda yang relax & simple. Kalau semua manusia nak dpt kerjaya yang hebat, semuanya berjaya dalam kareer, siapa nak jadi tea lady atau cleaner? Do you get me? Hehehe. Orang macam aku memang perlu ada utk memenuhi strata pekerja kelas bawahan. Selalunya orang yang berjaya dalam kerjayanya takkan faham orang yang berfikiran macam aku ni. Whatever lah. Sometimes kita tak perlu utk difahami. Kita cuma nak orang respect apa yang kita pilih utk diri kita. After all, ini hidup kita bukan hidup dia. Suka hati aku lah kan haha =P

Dipandang rendah sudah menjadi perkara biasa dalam hidup aku. Takpelah selagi aku tak menyusahkan orang lain ork. Tak nyusah mak abah, adik beradik & kawan-kawan. Hidup yang simple seperti sekarang dah cukup buat aku rasa bahagia. InsyaAllah. Atas rezeki Allah jua.

Oh ye, berbalik kepada berita malam tadi. Aku nak cerita betapa gerunnya melihat puting beliung yang selalunya berlaku di Amerika sana telah berlaku di negeri utara negara kita ni. Penduduk kat sana kata, mereka dah biasa nampak. Maklumlah tanah sawah kan lapang. So memang senang nak jadi angin tornado ni. Maybe tornado kali ni agak besar & lebih menggerunkan. So menjadi 1 fenomena yang agak ditakuti rakyat lah kan.

Otak aku fikir benda lain pulak masa tengok rakaman tornado kat berita semalam. Otak aku fikir ianya musibah dari Allah SWT. Peringatan demi peringatan Allah datangkan kepada kita rakyat Malaysia supaya kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Namun kita semua masih leka dengan permainan dunia. Semua nak kejar duit, kejar perempuan, kejar pangkat & nama dan banyak lagi lah.

Siapa kata Malaysia masih aman? Tu kat Bukit Bintang dah ada kes bom. Cost of living mencanak naik, rakyat makin hidup tersepit. Belum lagi masuk kes jenayah yang melampaui batas. Manusia skrg dah jadi mcm binatang. Akhlak dah macam haram. Best sangat lagi ke hidup kat Malaysia ni? MH370 & MH17 apa cerita? 

Kita kena ingat yang Allah turunkan musibah tak mengira orang tu baik atau jahat. Semuanya akan terkena sama. Sebab Allah nak kita bersatu padu sebagai umat Islam. Tapi melihatkan keadaan kita semua skrg, memang susah lah nak cakap. Huru hara sana sini. Nampak macam okay. Hakikatnya banyak yang dah pincang. Wallahualam.

Entah lah. Otak aku ni terlalu simple utk dibebankan dengan benda berat macam ni. Aku cuma beringat ajelah supaya tak terbuai sangat dengan kehidupan dunia ni. Kena perkukuhkan lagi iman di dada. Kena bagi anak-anak pendidikan agama yang secukupnya. Dunia semakin kejam.



Menghampiri Kota Madinah, hati seakan melonjak-lonjak. Rasa terharu pun ada sama. Akhirnya aku sampai....akhirnya aku sampai. Di tanah penuh barakah yang pernah di pijak oleh junjungan kita Rasulullah SAW. Ianya moment yang sangat emosi.

Bentuk muka bumi Madinah begitulah. Ianya tanah yang nampak tandus dan gersang. Tidak terbanding dengan bumi Malaysia yang menghijau & sejuk mata memandang. Kemudian aku rasa bersyukur di lahirkan di Malaysia. Sungguh! Tanah air kita lebih mempesonakan berbanding muka bumi di sana.

Jauh perjalanan, luas pandangan. Sebab tu aku suka melihat negara orang. Bukan sebab nak tunjuk duit banyak. Tapi sebab nak pupuk rasa lebih bersyukur dalam jiwa. Mengagumi kebesaran Allah yang menciptakan setiap tempat dengan rupa yang berlainan. Subhanallah. Fabiayyi ala i rabbikuma tukazziban. Nikmat Allah yang manakah mahu aku dustakan?





Waktu yang terpapar di dalam gambar adalah waktu Malaysia. Di sana mereka lewat 5 jam daripada waktu kita. Ketika touch down di Madinah, waktu tempatan adalah 7.30 pagi. Sebaik kaki kanan memijak bumi barakah itu, air mata bergenang di pelupuk mata. Alhamdulillah. Allah izinkan aku sampai akhirnya.






Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…