Nazif Dah Pandai Berjalan


Secara rasminya Nazif pada usia 1 tahun 3 bulan dah pandai berjalan. Just as I expected when he turned 1 year old on July hari tu. Well, instinct ibu mestilah power kan? Bangga gila cakap dengan habi ' kan org dah cakap ritu dia jalan masa 1 tahun 3 bln '. Hahaha. Puas hati kerana ramalanku benar belaka bahawasanya Nazif ni progress fizikal dia lewat 3 bulan daripada budak biasa. Naurah masa 11 bulan dah berjalan. So awak lambat 4 bulan dari kakak yer dik. 

Nazif pun dah makin faham bila kita bercakap dengan dia. Bila aku tanya ' adik nak susu?'. Dia angguk kepala & said nak. Bila dia taknak, tangan dia laju-laju ke kiri ke kanan sambil geleng kepala. Tak pun dia merengek. It means NO. 

Dia juga makin pandai meniru apa yang kita buat. Contohnya dah tahu fungsi sejadah adalah utk solat. Dia ambil sejadah, hampar & menonggeng letak kepala atas tu. Just like what I did when performing solat in front of him. Yang tak bestnya si Naurah panjat atas sofa lompat-lompat, dia pun ikut sama nak buat. Awak tu kecik lagi dik. Berjalan pun belum seimbang sangat kdg jatuh jugak terjelepuk. Haha.

Semakin close dengan habi. Kemain lagi memanggil ayahnya 'aaakk'. Macam bunyi gagak pun ada aku dengar bwahaha. Selalu panjat tangga sebab nak cari aaakk dia kat atas. Word paling jelas dia sebut adalah kakak & abang. Idola sangat lah kakak Naurah dia tu. Btw awak takde abang ye dik. Abang tu agaknya dia dengar aku panggil ke habi kot. 

Kalau ambil dia kat rumah owner taska, kakak adalah perkataan yang dia sebut pertama sekali bila nampak aku. Like asking me where is his kakak. Kalau Naurah sama-sama ada, kemain senyum melebar sambil sebut kak!. Kesiannya ibu sebab dia tak pernah panggil pun. Cara dia nak kat aku cuma bila nampak muka aku & dia angkat tangan soh dokong. Tak pun merengek. Tak pun mengekor kesana sini.

Nazif ni satu yang aku geram kemain payahnya nak pakai diaper & baju. Tak menyabar sangat nak main. Owner taska pun kabo ke aku semalam betapa makin payahnya nak buat 2 benda ni pada dia. Thats y lah aku dah lama beli diaper jenis pants. Utk memudahkan pengasuh yg jaga dia. Itu pun masih bergelut.

Bila dia nak buat sesuatu & kita tak bagi, kemain lagi mengamok menjerit menangis. Cranky gila. Kadang if aku dukung dia time mengamuk tu, di lepuknya muka aku 2/3kali. Aku jentik aje tangan dia tapi nanti dia lepuk aku balik. Perghhh..sangat menguji kesabaran. Naurah masa seumur Nazif sampai lah skrg jarangggggg sangat kena pukul. Tapi Nazif ni memang tak boleh tahan. Nak ikut kepala diaaaaa aje.

Bab makan pulak memang jenis suka makan. Mulut tu sentiasa nak mengunyah. Pantang nampak orang makan, mesti dia nak. Nak umpan dia senang aje. Bagi la makanan, cepat dia mesra dengan ko. Hehehe. Badan pun dah berisi sikitlah even masa timbang kat hospital ritu cuma 8.2kg. Makan banyak tapi lasak pun sama. Tu tak naik banyak. Tapi kalau tgk selera makan dia, nothing should be worried of lah.

OK. Thats all for Nazif new progress at 1 year 3 months. Moga sihat selalu & jadi budak yang baik ye dik. Jangan lah dera ibu teruk sangat huhuhu =P


Bukan senang dia nak duduk diam dlm buggy mcm ni

Muka boring hahaha








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat