Petrol Naik 20 Sen Lagi

Malam tadi petrol naik 20 sen. Now seliter RM2.30. Terasa jugak kenaikkannya tu. Tapi itulah...what choice do we have? Hadap ajelah. Kawan aku yg tukar guna NGV kat kereta dia mesti relax je tak kusut kepala. Orang yang gaji belas riban, puluh riban pun steady je tak rasa apa. Tapi bagi aku yg miskin bandar ni, hurmm. Tak terkata apa dah sebenarnya. Habi pun bila tahu tak terkata apa jugak. Suka ke tak suka ke terima sajalah hakikatnya.

Ada orang, dia kata takpelah...korbankanlah makan KFC drp 2 kali sebulan kepada 1 kali sebulan. Fast food tak bagus utk kesihatan. Berkorbanlah sikit utk orang penerima brim yang lebih memerlukan tu. Itu kata dia. Life dia. Habis life semua orang pun sama ke macam dia?

Bagi dia, hanya perlu mengorbankan makan KFC sebulan 2 kali. Bagi orang lain, maybe ada yang terpaksa mengorbankan masa dengan anak-anak demi pendapatan tambahan. Kerja lebih masa.  The statement was too selfish in my opinion.

Being a parents, aku & habi mendahulukan kepentingan anak-anak dalam segala hal drp kehendak diri kami sendiri. Biarlah anak masuk tadika yang elok sikit reputasinya even mahal sikit. Biarlah anak tetap berganti baju baru setiap bulan even kami pakai baju berulang-ulang pun. Biarlah anak minum susu mahal sikit, diapers kualiti sikit dengan kemampuan yg ada. Kami lansung tak berkira hal berkaitan anak-anak ni.

Bila ada kenaikkan in cost of living, hal anak-anak lah yang takkan disentuh lansung oleh kami. Kami cut perbelanjaan utk diri kami je. Anak-anak dapat la juga tempiasnya bab kurang lah dapat makan luar bersama. Kurang lah dapat toys bila diorang nak. Tapi berapa banyak lagi benda yang perlu kami downgrade utk diri kami ni??? Sampai bila dapat bersabar kalau macam ni. Even kalau tak sabar pun bukan boleh buat apa pun.

Nak cari side income, aku tak sanggup dah nak lepaskan masa dengan anak-anak yang ada skrg. Ini pun dah sikit kot. Balik rumah ada 2-3 jam je masa dengan budak-budak. Lepas tu semua pun tido. Esok pagi dah pergi kerja, pergi kindy, taska. Harapkan weekend ajelah 2 hari tu dapat seharian pun dengan budak-budak. Nak ganti balik rasa bersalah 5 hari seminggu masa yang sangat terhad tu.

Balik-balik kami jugalah yg kena downgrade life yang ada skrg. Maybe dah sampai ke tahap tak mampu dah nak holiday ke luar negara. Sebab asyik fikir duit tu alangkah eloknya di simpan utk perkara sekian-sekian. Lama-lama holiday dalam negeri pun kena cut. Aptb.

Dah lah increment last year ciput gila. Bagai jatuh ditimpa tangga. Tulis macam ni ada pulak yg kata tak bersyukur sbb Malaysia masih aman. Malaysia tak berperang macam kat Palestin. Orang boleh fikir apa saja tp hakikatnya hanya kita yg tahu life kita macam mana.

Aku bayangkan keadaan orang yang lebih susah drp aku. Mereka jauh lebih kasihan. At least aku masih boleh lagi tulis nasib baiklah naik kereta kecil pergi balik kerja. Nasib baiklah rumah tak jauh sangat dari office. Tapi ada orang lansung dah tak boleh cakap & tulis nasib baik lansung. Terdesak sangat-sangat dah. Tak kesian ke?

Hapuskan ajelah Br1m tu. Top up duit Br1m dekat subsidi petrol. Br1m tu bantuan sekali dua setahun dapat cover apa sangat lah. Petrol ni orang guna hari-hari taw! Keperluan harian. Tak lama ni semua harga barang, makan minum semua mencanak naik lah. Tertekan hoiii...tertekannnnn.

Kalau ada icon tarik rambut atas kepala, aku letak sini dah ekekeke =P Keep calm & move on. Bukan boleh buat apa pun selain whining mcm ni. Hurm....Ade ke orang atasan yang kesah pasal kesusahan kita ni??? Orang yang tak pernah susah memang takkan faham orang yang susah. Dan ada orang pernah hidup susah, tapi bila dia dah hidup senang dia bongkak pulak. Pandang rendah pada orang yang hidup susah. Kata dia susah sebab malas. Sebab tak berusaha macam dia. Takpelah....Allah tu sentiasa ada. Hidup kita boleh berubah dr senang kpd susah vice versa. Jangan riak sangat lah.


Sori ye anak-anak kalau kita hidup susah sikit lepas ni. Tsskk T_T






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat