Skating di The Curve

Masih ingat lagi tak dengan entry Ikea aku? Haa..kan aku ada cerita yang aku handle Nazif sensorang masa tu kan. Sebabnya habi & Naurah pegi ikot Abg Eddy & Ayan pegi skating kat The Curve. Anak ada 2 orang boleh la bahagi sorang satu gitu. Kalau anak 3 korang rasa siapa yang akan handle lebih anak? Hehehe. Fikirkannnnn......

Kemain lagi habi dengan bangganya cerita dia tak jatuh lansung pun skating even pertama kali mencubanya. Siap suruh Naurah confirm kan tuuuuuuu. Poyo sangat lah. Dia kata kasut skating tu tajam besinya tu. Tak jatuh pasal boleh paut tangan tepi pagar tu. Cehhh. Terer la sangatttttt =P For kids ada patung penguin yang kita boleh tolak bersama sambil skating. Patung tu kena sewa lah kan. For skating rasanya boleh main sampai lebam. Takde limit masa. Habi kata lahhhhh. Sori kalau salah info =P

Bayaran utk skating ni pun aku tak dapat nak share sini pasal habi pun tak tahu. Fully sponsored by Abg Eddy. Well....katanya sebab temankan anak dia si Ayan main khenn.

Behind Naurah is Ayan. Bdk dh selalu main kan....

Memang kena ada Ayah pegang sokmo

Naurah mula-mula memang takut sangat nak skate. Tapi dah lama-lama habi kata dia berani lah nak cuba. OK lah tu. Kalau aku tau Naurah nak skating sama, molek if pakaikan dia seluar panjang kot kan? Sejuk tuuuu. Nama pun ais. Next time I will take note.

Ini ada video Abg Eddy snap & hantar kat wassap group family. Khas utk tontonan aku yang tak dapat join sama sebab sibuk shopping barang ngarot kat Ikea. Hehehe.




Peliknya video ni aku tak boleh tengok bila dah post entry. Maybe pasal youtube/video kena blocked kat ofis ni kot. Bila preview boleh pulak main. Nasib lah yer sape boleh bukak & tak boleh tu. Bagitau siap-siap.










Popular Posts