Sup Tulang, Mangga Asam Boi & Ciskut Nestum Prune


Cantik tak? Tak cantik pun kena cakap cantik eyh. Hahaha. Alas meja ni beli adhoc kat Giant sempena mak abah nak datang rumah jaga Nazif seminggu ni. RM18.90 jer. Masa bentang tu dup dap takut pendek. Alhamdulillah sedang elok je cover meja makan 6 seaters ni. Setelah berbulan-bulan dia bogel, akhirnya berpakaian sudah =P


Balik rumah sendiri, rindu sangat nak memasak. Aku yang rindu tapi yang merebus tulang lembu korban & membuat sup ialah habi. Bwahaha. Kerja aku cuma rebus nasi impit & buat sambal kicap. Kerjasama dalam membuat kerja adalah dituntut bg pasangan suami isteri =P Kemain banyak lagi Naurah & Nazif makan sup ni. Kembang setaman hati habi.



Ini dapur selepas di ubah suai susun atur. KC tu of kos la tak boleh aku nak angkat & pindah-pindah kan. Mengarut sangat tu haha. Nampak la semenggah sikit dari yang sebelum ni. Even cuma ubah susun atur, rasa best je nak masuk dapur. Naurah asyik dok tanya ' ibu, dapur kita ni cantik ke? '. Aku rasa dia pun happy kot nampak perubahan pada dapur ni =)


Part ni belum kemas lagi malam tu. Tapak kaki dah sakit. Lutut kaki kanan tergeliat la pulok. Maklom la badan berat. Biasa la bila ada masalah macam tu. So aku sambung kemas pada esok paginya ajelah.



Ini pulak apa? Gigih petang semalam pergi Pasar Tani cari mangga muda. Jumpa la mangga lemak manis ni. Aku suka pasal even muda, rasa dia tak masam. Tawar gitu aje. So bila letak asam boi, gula & cili burung merah yg di hiris halus. Bagi goncang & simpan dalam peti ais beberapa jam, rasa mangga adalah mabeles. Sila lah buat. Pasti tak menyesal. Sebalang kecik tu aku dah settlekan sorang-sorang sekali hadap je. Terbaik!!

Naurah tanya kenapa tak ada dia punya yang tak pedas? Jawabnya petang ni kena singgah Pasar Tani lagi lah buat yang takde cili.



Ini apa? Aku tak tahu lah nak cakap apa benda ni. Memang aku reka sendiri je berlandaskan resipi ciskut. Pakai apa yg ada kat rumah. Cream cheese aku pukul dengan susu segar guna whisk. Lepas dah nampak sebati skek, aku letak pelbagai jenis biskut susun dalam bekas tu as a base. Tuang cream cheese, tabur nestum. Buat 2 kali ulang & akhir sekali tabur nestum, tuang susu cair bagi basah lagi & letak itu buah prune yang tak habis-habis berbulan lamanya. Untung elok lagi.

Masuk peti, makan guna sudu. Sedap weyh hahahaha. Benda sejuk2 gitu mmg sedap aje. Nazif & Naurah pun suka. Boleh la buat kudap-kudap masa tengok tv sambil membina lemak. Bab membesarkan badan, serah saja pada yg pakar. Hohoho





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat