Al Rawsha Kampung Pandan


Al Rawsha ni besar restorannya. For those yang gemar makanan arab boleh try sini. Servis cepat & makanan pun sedap. Kalau nak makan family besar memang selesa sangat. Ada tempat aircond & ada yang kipas. Boleh pilih ye. The price pun reasonable.

Hari tu kami order Roasted Chicken dengan Mandi Lamb. Lamb sampai dulu so licin dikerjakan. Bila ayam sampai, semua dah pakat tengok je hahaha. Luak lah suku. Tapi jangan risau, boleh je suruh tapau. Esoknya kami breakfast nasi arab. Kemain lagi hehe.

Saba Cyberjaya yang orang gilakan tu ada dlm 4 tahun tak jejak kot. Pada aku biasa je dah situ. Tahun ni ada tapau Saba Dataran Jelatek sana. Biasa jugak rasanya. Takde special pun. Tu yang tak teringin sangat nak ke Saba Cyberjaya yang sekangkang monyet tu.

Arabian House Restauurant bersebelahan dengan Kajang Silk & dekat dengan Cibiuk tu pun not bad. Ingat lagi lepas habis pantang Nazif pegi makan kat sana. Deco dia quite exclusive but the price is quite reasonable too. Cubalah!





Popular Posts