Kaki Jalan


Asyik letak gambar adik je kan. Ni gambar kakak pulak. Kemain happy lagi dapat mandi swimming pool hari tu. Dia ni hantu pegi holiday. Suka betul if stay hotel lama-lama. Sangat mewarisi kaki holiday seperti omaknye. Hehe.

Tapi aku kuat berjalan lepas kahwin je. Sebelum tu mmg suka duduk rumah. Naurah ni nampak gaya memang dari kecil ni dah minat kesana kesini. Aku & habi jugak yg ajor kan =P Tu esok adik dia pun sama la ikot jejak langkah kakak.

Semalam Naurah request nak balik rumah nenek Johor. Asyik nak berjalan aje. Rumah nenek pon jadi sebab. Kemain lagi ayat dia. 

" Ibu, kita dah lamaaaaa tak balik rumah nenek. Kesian nenek. "

Yeah right. Macam la aku tak tau apa yg bermain di fikiran dia sebenarnya kan. Selalu aje kalau boleh nak mengelak dari duduk kat rumah je. Anywhere else asalkan bukan rumah kat BBST. Sabar kan ajelah. Ape tak best sgt ke duduk rumah je Naurah?

Aku ni kadang muak gak weekend tak lekat ddk rumah. Sekali sekala nak jugak spend time dengan habi & anak-anak je. Main masak-masak secara beregu dengan habi. Relax tengok tv dengan anak-anak. Tido secara berjemaah depan TV. Pergi Giant ke Tesco ker. Ok what.










Popular Posts