Keseimbangan

Keseimbangan dalam hidup bukan mudah nak capai. Seimbang yg aku maksudkan kat sini adalah dalam pada kita menjalani hidup dengan suami, anak-anak, mak abah, adik beradik, kerja, kawan-kawan etc, kita juga masih lagi beribadah kepada Allah & melakukan apa saja yang di suruh dalam Islam sebagai bekalan utk kehidupan kat akhirat nanti.

Orang kafir ada yang percaya pada kehidupan selepas mati & ada jugak yang tak percaya. Kita pulak sbg umat Islam memang yakin sepenuhnya adanya hari pembalasan. Apa yang kita kerjakan kat dunia ni semuanya ada consequences nya kat akhirat nanti. Amal baik, kita dapat pahala. Amal buruk, kita dapat dosa. Ada syurga & neraka sedia menanti. Berat timbangan pahala, masuk lah syurga dengan rahmat Allah. Sebaliknya, masuk lah neraka sana. Simple je kan?

Ada orang dia tak percaya atau tak kisah tentang kehidupan akhirat ni. So dia hidup sekarang ni sesuka hati dia. Nak buat jahat ke, nak buat baik ke ikot dia lah. Dia percaya hanya pada benda yang dia boleh nampak & alami. Takkanlah hidup kita semudah itu ye tak? Orang yang pendek akal & buta mata hatinya memang begitulah. Cakap banyak pun tak guna.

Dalam kehidupan kita ni sangat mudah utk leka dengan apa yg ada di depan mata saje. Dengan kata lain kita sambil lewa pada bekalan utk akhirat nanti. Sebab busy sangat dengan hal-hal dunia. Sebab tu lah Allah kata suami, anak-anak, harta yg kita ada sekarang ni juga merupakan satu ujian. Kita happy dengan adanya semua tu tapi kalau ianya membuatkan kita leka utk beribadah kpd Allah, apalah gunanya? Semuanya utk mengaburi mata hati kita saje. Kita ni dah la jenis senang leka & lupa.

Susah nak tanam dalam hati yg kehidupan skrg ni cuma pentas lakonan aje. Yg betul-betul perlu dikejar adalah hari akhirat nanti. Sbbnya kita lebih pentingkan kehidupan yg sdg kita alami drp kehidupan yang belum kita alami. Rumitnya kehidupan kita ni kan?

Allah tak pernah suruh kita tinggalkan dunia & fokus pd akhirat saje. Dia nak kita capai keseimbangan. Sambil hidup, sambil beribadah berbuat baik etc. Sambil kerja, curi masa 10-15 minit buah solat sunat Dhuha. Waktu rehat, kita solat Zohor & mengaji sehelai dua al Quran. Waktu tidur malam kita bangun buat solat sunat Tahajjud. Dapat istiqomah buat ini je pun pada aku dah cukup seimbang dah. Of course lah solat wajib 5 waktu kena sempurna lah kan.

Dapat duit gaji, bagi mak abah & derma seberapa mampu kepada yg memerlukan. Barulah gaji tu berkat ye tak?

Bukan nak suruh kita beribadat kuat sangat sampai terjejas itu ini. Tapi sekiranya kita mampu, buatlah. Lagi bagus ye tak? Yang wajib sehari-hari cuma Solat 5 waktu. Yang sunat itu kita buat seberapa daya yg ada sbg tambahan.

Kan Allah dah kata ' remember Me, I remember you '. 

Simple tapi kalau takde kehendak hati yang kuat, aptb. Wallahualam.




Demi menjamin kesejahteraan kehidupan kita, kena usaha lah menjaga Allah supaya Dia selalu menjaga kita & orang-orang sekeliling kita. InsyaAllah jiwa akan lebih tenang. Allah bagi ujian sedih kerana kadangkala kita lupa pada Dia. Bila dia uji, kita akan ingat kembali pada Dia. Kita doa dengan hati ikhlas, sujud lebih lama & ibadah dengan lebih tekun. Kalau boleh jangan sampai Allah perlu ingatkan kita kepada Dia dengan ujian sedih. Jagalah Dia selalu spy hidup kita sentiasa dalam redha & keberkatan Nya. Amin.



 



 






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat