Skip to main content

King Crab Alaskan at Manhattan Fish Market






Siapa pernah tengok Deadly Catch mesti kenal sangat dengan ketam kat atas tu. Sabtu lepas kami ke Pavillion and makan kat MFM. Nampak ketam ni kemain lagi la semua excited nak try. Harganya buat aku telan ailio 50 kali hahaha. Tapi sebab pergi dengan Abg Eddy & Kak Ya, apedehal? Kita tumpang makan jelah kihkihh =P

Sekor ketam tu about 1.2kg and harganya semua sama RM109.90. Dia rebus gitu je pastu bagi kita gunting dengan pengapit ketam tu. Ada 2 dip yg mcm sambal belacan & butter. Tapi aku lagi suka makan isinya gitu aje. Isinya kan macam berurai just like filamen ketam yang kita makan dalam yong taufu selalunya tu. Amazingly kulit ketam ni tak keras mcm ketam biasa. Senang je di gunting even durinya tu agak tajam & scary hihi.

Ketam ni dah berapa lama entah usianya. So isi dia tak berapa manis sangat lah. Tapi tetap sedap. Dah dapat merasa ni puas hati lah semuanya. Takdelah rasa nak makan lagi pun. Kalau harga dia RM19.90 sekor lain cerita lah hehehe.

Nazif makan banyak betul isi ketam ni. Masa nak mandi lepas check in kat Swiss Garden, aku perasan belakang badan dia naik rashes merah-merah. Alamak! Dia ada alahan pd ketam lah. Sebelum ni ada jugak suap ketam sekali dua kat dia tapi tak perasan pulak ada naik rashes. This time maybe makan banyak kot. So mmg obvious naiknya tu. Selain badan dekat leher pun naik sikit-sikit. Lepas ni tak payah la makan ketam. Kesian Nazif even dia aktif cam biasa & tak tergaru-garu pun.

Cantik deco for Xmas

Eceh pakai shirt baru wife baik hati belikan =P tali henbeg out haha

Anyonyooo

Si kenit yg tak reti penat

Kelakor gambo ni =P

Ade je yg spoiled haha


Seronoknya keluar dengan adik beradik macam ni. Nak balik Johor selalu jenguk mak abah susah. So weekend yg singkat lepak lah dengan kakak & abang sambil gembirakan hati anak-anak. Terubat rindu pada kampung halaman.

Last weekend of this month kami semua akan berkumpul lagi di Pulau Pangkor, Perak. Ada wedding one of my cousins kat sana. Merapatkan silaturrahim dengan saudara mara katanya. Sambil holiday lah tu tengok laut. Tak sabar. Moga Allah lancarkan perjalanan kami. Selamat pergi & balik. Amin.













Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…