Konflik Keluarga

Dulu masa kecik-kecik selalu tak paham ape sebenarnya konflik Mak atau Abah dengan adik beradik diorang sendiri. Pelik kenapa ada tak suka orang itu lah, orang ini lah. Kenapa semua orang tak boleh get along together bila ada kenduri kendara yer. Sangat tak faham

Tapi bila semakin dewasa, especially bila adik beradik semua pun dah berkeluarga, barulah aku faham apa yang Mak & Abah alami satu ketika dahulu. Human change. We all change. Bila kita makin berusia, bila kita dah berada dalam situasi yang berbeza, just then we will understand.

Sensitiviti kita juga bertambah bila dah berusia ni. Dulu kita rasa sokay je, tapi skrg mungkin tidak lagi. Family mana yang tak pernah ada konflik. Mustahil tak ada. Cuma itulah....jangan sampai bermasam muka tak bertegur sapa. Alhamdulillah kami adik beradik belum sampai ke tahap tu lagi. Moga takkan pernah lah yer.

Soksek belakang tu biasalah. Tapi takde la gaduh depan-depan gitu. Dah tau cerita, sebolehnya simpan sendiri aje. Takde nak masuk campur ke apa. Taknak keruhkan lagi keadaan. Kalau ada yang perlukan bantuan, kita tolong. Gitu ajelah. 

Aku sebolehnya dah berkahwin ni taknak menyusahkan mak abah & siblings lagi. Cubalah hidup berdikari seadanya dengan rezeki suami isteri yang Allah bagi ni. Even akulah yang paling tak berjaya dalam siblings, tapi rasanya tak ada dah runsingkan mak abah or siblings pasal life aku. Semuanya simpan sendiri aje susah senang laki bini.

Bab kewangan ni, kalau kita pandai manage, InsyaAllah boleh survive. Biasalah kena korban kehendak banyak sikit. Hidup seadanya ajelah. Tapi kadang over gak spending tu bila tak dapat kawal nafsu sopim. Pengaruh geng wasap kuat sangat. Hahaha. Time tu buatlah aktiviti yang tak banyak pakai duit. Salah sendiri =P

Kantoi selfie hahaha






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat