Mengapa Pasangan Kita Curang

Ada banyak sebab kenapa suami atau isteri curang. Apa-apa pun boleh jadi sebab. Pokok pangkalnya hati individu itu sendiri. Tak payah lah nak highlight kekurangan pasangan itu ini sebab nak 'membetulkan' kesalahan yang dah dibuat. Macam tu lah selalunya manusia. Bila dah buat salah, sangat payah nak mengaku semuanya salah sendiri. Selagi boleh point out kesalahan orang yang kununnya buat kita jadi orang bersalah, mesti nak buat jugak.

Komunikasi antara suami isteri tersangat lah penting. Jangan pernah anggap diri kita sempurna serba serbi even kita dah buat yang terbaik dalam kehidupan rumahtangga. Ada kemungkinan ada sesetengah perkara yang kita terlepas pandang. Yang terlepas pandang itu lah boleh jadi alasan orang yang buat salah satu hari nanti. Tapi jangan risau, kalau setakat benda remeh, itu hanya sebab yang di cari sendiri oleh si pembuat salah. Sebab yg kecil yang sengaja di besar-besarkan.

Itulah orang kata kalau hati dah tak suka, segala macam kekurangan kita dia korek. Hati dan perasaan kita ni milik Allah. Kita kena doa supaya dia baikkan hati kita. Jaga hati kita supaya sayang hanya pada yang halal. Mohon pada Dia.

Dalam rumahtangga kena ada usaha. Usaha utk jadi pasangan yang terbaik. Mengubah diri kita sendiri lebih senang drp nak mengubah diri orang lain. Apa yang kita tak suka pada pasangan, seeloknya jangan dipendam lama. Takut jadi kudis. Nanti kudis dah tak boleh baik, usaha gane pun dah payah. Ada cara utk kita sampaikan ketaksenangan hati kita pada sikap pasangan. Tak semestinya akan jadi gaduh. Dalam gurauan pun boleh selit sekali.

Dah beberapa tahun berkahwin, mesti kita dah faham sangat selok belok diri pasangan kita kan?

Untuk diri kita, usahalah jadi pasangan yang terbaik. Jalankan segala tggjwb kita sebagai isteri sebaiknya. Bila kita di uji dengan kecurangan pasangan, jangan cepat salahkan diri kita even pasangan akan banyak point out kekurangan diri. Itu cuma alasan dia yg kita sendiri dah akui takkan pernah dapat menjadi sempurna. Yang penting kita tahu kita dah buat yang terbaik dalam segalanya. Dan paling penting, kita tak curang. Sebagai isteri kita setia pada suami sampai akhir hayat. Ikut apa yang Islam dah gariskan utk kita.

Pokok pangkalnya hati. Macam mana nak jaga hati? 

Jagalah Allah, maka Dia akan menjaga kita.

Indah diluar tak semestinya indah juga didalamnya :)














Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat