Mengubah Diri Sendiri

Yeayy hari ni berjaya tak lambat. Setelah 3 hari berturut-turut punch card merah, akhirnya. Semalam otw balik masa dalam kereta dengan habi, aku kabo la dah 3 hari berturut punch card merah. Dia kata ibu la kena mandikan Naurah cepat. Tak boleh pukul 7pagi lagi. Eyh eyhh...Naurah sejak dah mandi air suam tak banyak buat hal dah taw. Dapat je aku siapkan dia dalam 10 minit. Dia bukan puncanya aku selalu lewat sampai office!

Aku pun bagi ah sedepek abang ahh buat semua kerja lambat. Aku dah la skrg siap tambah rutin lagi masak breakfast. Sanggup bangun awal 15 minit spy jadual masa tak lari. Abes takkan aku je yang berkorban while dia senang lenang je buat benda yang sama tanpa ada usaha nak bangun lebih awal? Dah la mmg dia pun yang selalunya lambat.

Habi kalau tegur kesalahan aku selalu kata aku sokmo taknak mengaku. OK fine. Padahal dia pun sama je 2x5 if aku tegur pun. Gado gado point salah masing-masing pastu gelak sesama. Err...sama jer dua-dua entah pape. Kahkahhh. Hangin je aku habi soh tambah lagi rutin aku buang sampah yg sepatutnya kerja dia. Byk cekadak dia. X koser aku. Meh sini check list sape buat keje lebih banyak waktu pagi yer.

Habi - bangun tido 6.15 solat subuh, gosok baju semua orang, turun bawah sidai baju, kalau rumah sepah dia sapu, mandi, buang sampah

Aku - bangun tido 6.15 solat subuh, turun bawah buat breakfast, anak dah bangun semua aku kena peratikan sambil memasak, buat susu, tukar pempes Nazif, masak air panas utk Naurah mandi, pukul 7pagi siap masak, basuh pinggan periuk belanga lps masak, mandikan Naurah sambil eyeing Nazif, siapkan Naurah, kemas beg budak-budak, naik atas dengan Nazif & habi siap mandi. Kdg mandi mengalahkan puteri bersiram aku pulak kena tunggu dia lagi spy take turn tgk Nazif. Habi bersiap sambil tgkkn Nazif tapi aku dah habis mandi pun dia tak siap lagi. Nazif pulak kaco aku nk bersiap. Turun bawah sama-sama jugak grrrr.

Tengok tu list aku lagi panjaaangggg.

Pagi tadi alarm bunyi pukul 6pagi mcm biasa. Bezanya aku pun bangun. Baiklah, malas nak suruh orang berubah, kita ajelah yang berubah. Lepas ni aku akan cuba bangun pukul 6pagi & settlekan semua kerja yang of kos LEBIH BANYAK drp the other half tu.

Itu pun kunun la orang tu dia pun bangun jugak masa aku bangun tu kan. Aku turun bawah masak bekpes lebih awal dapat la siap awal 10minit drp biasa. Itu pun sambil mendukung Nazif la as usual. Lepas tu Naurah menangis kat atas, Nazif naik cari kakak dia. Kata bespren hehe. Dapat kat habi yg jaga Nazif, turun bawah baju budak tu basah main air kat bilik air. Dah menambah lagi kerja aku nak tukar baju budak tu pulak -..-

Huii panas sungguh hati kite. Itu la jadi bile kunun nak tolong jaga anak sama sambil dia buat kerja sebab dah kena sound semalam kan. End up menambahkan kerja kita pulak. Bila kita dah buat lebih banyak kerja, bangun lebih awal, gangguan tu semua tak kaco jadual masa sangat. So dapat lah keluar awal & sampai office sblm punch kad merah.

Takde rumah tangga yang tak kena usaha. Nak ubah orang lain memang susah. Berkorban lah diri sendiri demi kebahagiaan rumah tangga bersama. 

The end.

Padan muka habi aku dapat pahala lg byk dari dia. Wekkk =P

p/s: terfikir what if satu hari cuba tukar rutin habi buat dengan rutin aku buat. kita tengok siapa yg masih boleh guling atas katil layan henfon & siapa yang terkangkang kocoh kacah buat kerja hohoho. ade bran habi?









Popular Posts