Report Card Naurah For 2nd Term





Takde ape yang menarik sangat nak diceritakan tentang weekend yang lepas. On Saturday jelah habi drive kesana sini memenuhi aktiviti yang aku dah kabo awal-awal. Around 9am kami je kindy Naurah utk ambil report kad 2nd term. Alhamdulillah ada progress dari 1st term. Naurah dapat No.2 dalam kelas 4 tahun yang cuma ada 7 orang students itu. Hehe. Score exam akhir tahun dia 97/100. Not bad eyh? No.1 dapat 100/100 dan budak lelaki okay. Jeles mak =P Siap tanya Teacher Bila pasal sahsiah budak lelaki tu guane hohoho. Busy body punye olang.

Overall teacher puas hati dengan Naurah. Dia kata Naurah ni sebenarnya cepat tangkap bila diajar. Cuma kadang pemalu sangat. Kadang dia bukan tak tahu jawapan bila di soal. Tapi more to malu nak mencuba or menjawab. Sabor ajelah. Lepas ni kena boost lagi tahap keyakinan dia kat sekolah. And then teacher dah kabo serba sikit lepas ni 5 years parents kena ulang kaji sama-sama dengan anak. Dah kena take part lah senang kata. Malam-malam kalau boleh ajar anak buku Mari Membaca sampai lah ke I Can Read tu.

Siryes utk 4 tahun ni bila masa Naurah exam pun aku tak tahu. Naurah pun bukannya ada bawa balik kerja rumah. Semua dia buat kat sekolah. Bawa balik buku pun yg dia dah siap buat semuanya kat kindy. By right aku setuju je dengan kaedah kindy dia ni. 4 tahun tak perlu lagi beban dengan ulangkaji kat rumah kot. Pada aku ia cuma pengenalan kepada pembelajaran je dulu. Utk aku tahu sejauh mana kebolehan Naurah dari awal ni. Now aku dah tahu kelemahan & kelebihan dia, so next year mudah skek keje aku nak mengajar dia.

Next year kena jadi ibu yang lebih baik utk pembelajaran Naurah ni. Banyak yang aku dah azamkan ni. Moga berjaya lah yer. Bersyukur sebab Naurah start kindy 4 tahun. So by 5 years dia dah tahu serba sikit & takdelah terkejut sangat. Cuma teacher kata nak bagi lebih bagus je sebab mostly syllabus 4 yrs lebih kurang je dengan 5 yrs. Ehh tak sabar pulak kite nak take part mengajar Naurah next year. Ibu akan pastikan kakak tak ketinggalan jauh dengan student lain. Biar Top 5 dalam chart buku membaca & I can read tu. Amin.

Lepas amek report kad, ke Kg. Melayu Subang pulak hantar thermopot Dira & ambil kepok lekor kat rmh Mid. After that ke Putrajaya hantar dress Frozen Qaseh & Alia kat rumah Mar. Solat zohor dgn Naurah kat Petronas depan tu & off we go to Seri Kembangan dengan niat nk lawat Fad & Fatih. Malangnya Fad tido & tak perasan sms & calls aku. So balik jelah rumah in law kat Semenyih terus. Takde rejeki nk ciom baby huhu.

Ahad pergi Aeon Cheras Selatan sbb deodorant aku dah habis. Padahal boleh je beli kat Watson Semenyih kot hahaha. Sajelah sambil gembirakan hati Nazif jenjalan drp terperap kat rumah je kan. Naurah ikot Wan g wedding kat Langat. Malam tadi balik BBST & hari ni dah kerja.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat